Rabu, 30 Julai 2008

Harga minyak dunia turun, kerajaan didesak tunaikan janji - Dr Hatta

Intan Abdullah Tue Jul 29, 08 5:04:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan harga minyak di negara ini selari dengan penurunan harga minyak dunia.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi tadi, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli meminta kerajaan agar bersikap lebih serius malah mengotakan janji mereka yang sebelum ini akan menurunkan harga minyak selari dengan perubahan harga minyak di peringkat antarabangsa.
"Kerajaan perlu mengotakan janji mereka, kerana sebelum ini Dato' Shahrir Samad sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga minyak berdasarkan harga minyak dunia," ujarnya.
Mengulas perkembangan semasa,Dr Hatta berkata harga minyak di Singapura telah pun diturunkan beberapa kali dalam tahun ini namun, Malaysia yang berstatus negara pengeluar minyak atau negara Opec masih tidak mampu melaksanakannya.
Beliau menempelak kerajaan Malaysia yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka serius membela masalah dan kebajikan rakyat.
"Ia merupakan suatu tamparan hebat kepada Malaysia kerana Singapura merupakan negara pengimport pun berusaha untuk menangani masalah rakyat mereka sedangkan kita sebagai negara pengeluar minyak tidak mempunyai apa-apa inisiatif bagi menjaga kepentingan rakyat," katanya.
Menurutnya, apa yang terjadi mencerminkan sikap kerajaan yang tidak prihatin malah langsung tidak mempedulikan nasib dan penderitaan rakyat.
"Kita lihat tiada inisiatif diambil pihak kerajaan dalam meringankan beban harga minyak dan inflasi tinggi yang ditanggung rakyat, tetapi masih berada di peringkat akan mengkaji harga minyak pasaran," katanya lagi.
Pada masa yang sama, beliau berkeyakinan bahawa harga minyak negara ini berpotensi untuk kembali kepada harga asalnya selari dengan penurunan harga minyak dunia yang semakin giat berlaku.
"Adalah tidak mustahil jika harga minyak kita boleh kembali seperti asalnya, sebab itu saranan Dato' Seri Anwar bahawa Pakatan Rakyat boleh menurunkan harga minyak sebaik memerintah.
"Jika singapura boleh melakukannya, kita sepatutnya lebih mampu menurunkannya," tegasnya.
Menurut laporan beberapa media di negara jiran tersebut, harga minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter yakni penurunan terbesar sejak Ogos 2003 dan ia merupakan kali kelima harga minyak petrol turun dalam tempoh 20 hari.
Semalam, langkah tersebut dimulakan oleh Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.
Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.
Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.
Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.
Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.
Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pemerhati.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Dowjones Newswires, harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu. - mks. _

Selasa, 8 Julai 2008

Protes Akan Diteruskan

Alhamdulillah, himpunan sejuta rakyat di Stadium Kelana Jaya berjaya mencapai objektif, iaitu menonjolkan kemarahan rakyat secara aman terhadap kerajaan BN pimpinan PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. BN dan UMNO hidup sejak 50 tahun lalu dengan sentiasa menyusahkan hidup rakyat. Tidak kurang 30 ribu rakyat turut serta, menurut Agendadaily. Congakan saya pula, lebih daripada itu.

Insiden punggung telah diselesaikan dengan baik apabila pihak penganjur tanpa berlengah lagi lantas memohon maaf. Serupa dengan kes buka baju secara 'live' di kaca TV oleh seorang penyanyi terkenal baru-baru ini, pihak penganjur di Stadium Kelana Jaya tentulah tidak dapat meneka lebih awal apa-apa gimik mengejut yang dirancang oleh kumpulan jemputan.

Dari AlJazeera.net hari ini:
Public anger over fuel prices has heightened in recent weeks after the government led by the National Front Coalition increased petrol by 41 per cent and diesel by 63 per cent last month.
Hatta Ramli, from the Islamic opposition party, PAS, told the crowd: "Today we gather to show our anger. We still have time because today we will gather until the fuel price is reduced."
Hatta demanded that Abdullah Ahmad Badawi, the Malaysian prime minister, step down if prices are not reduced.
There was no unrest and no visible presence of security forces in and around the stadium.

.....Hatta said to the crowd: "Our aim is not to cause trouble, but to get the message to the government that fuel prices must come down and we will not stop our protests until this happens.
"The protests will only get worse until the government listens to the voice of the people to ease their burden and suffering."

Khamis, 3 Julai 2008

Kes Bunuh Kes Liwat, Jangan Tangguh Cepat Siasat!

Seolah-olah satu pertandingan tenis yang bolanya melantun dari satu sudut gelanggang ke sudut yang lain, nampaknya pukulan kes berprofil tinggi yang melibatkan dua individu politik semakin menjadi-jadi. Namun, penyiasatan oleh pihak polis nampaknya seolah langkahan siput (snail-paced) apabila melibatkan pemimpin BN.

Rakyat berhak mengetahui, kerana dua kes tersebut mensabitkan pemimpin yang berbetulan sedang mengatur langkah menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini. Mana boleh rakyat berPMkan seorang yang terlibat dengan jenayah, apatah lagi jenayah kejam?

Dalam pada polis menyiasat segera lapuran polis Saiful Bukhari kerana yang dituduh adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dari pakatan pembangkang, polis juga wajar mempercepatkan kedua-dua Pengakuan Bersumpah RPK dan Bala yang mengimplikasikan Dato' Seri Najib Razak dan isteri mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, walaupun Najib adalah Timbalan PM.

Jika polis terhegeh-hegeh dengan SD kes Altantuya, Parlimen harus dibenarkan membahaskan usul berkaitan. Di situlah rakyat masih boleh menaruh harapan.

Kebenaran mesti terserlah, segera! (The truth must prevail, fast!)