2 Mac 2009 - Sesi soalan jawab lisan
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Jawapan terakhir daripada Menteri tadi amat memberangsangkan iaitu kerajaan ingin menangani masalah berjudi ini kerana kaitannya dengan keruntuhan akhlak dan moral terutamanya kepada para-para pelajar dan juga golongan-golongan yang apabila berhadapan dengan masalah mereka berpaling pada judi.
Kita juga nampak seriusnya kementerian dalam menangani isu mesin-mesin judi ini. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan sendiri dalam pada memberikan lesen judi, empat nombor ekor, Toto dan sebagainya juga mengendalikan cabutan-cabutan khas yang diberikan oleh Kementerian Kewangan untuk melaksanakan cabutan bertujuan untuk mendapatkan dana untuk kebajikan, untuk pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Jadi dengan cara judi ini kerajaan berhasrat untuk mendapatkan dana, membangunkan negara. Apakah ini juga tidak menyebabkan bertambahnya orang berjudi?
Banyaknnya wang digunakan untuk berjudi dan menambah masalah sosial seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri tadi? Terima kasih. [Tepuk]
Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Timbalan Yang di-Pertua mengenai cabutan-cabutan yang dilakukan bagi tujuan kebajikan tidak semestinya berbentuk perjudian. Yang paling penting ialah, kita yang mempunyai didikan dan pendekatan akhlak yang kuat, tidak usahlah kita terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti itu.
Jikalau kita anggap aktiviti-aktiviti itu satu kesalahan. Malaysia ini adalah satu masyarakat majmuk. Macam-macam orang suka kepada pendekatan yang berbeza-beza jadi saya menganggap soalan Yang Berhormat walaupun terkeluar bukan menjadi
hasrat kerajaan untuk menggalakkan judi. Ia menjadi tanggunggkawab kita secara bersama.
Soalan asal No. 11 - Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah bagi mengatasi mesin slot yang semakin serius di seluruh negara; dan
(b) langkah-langkah mengatasi masalah salah guna ‘funfair’ yang menyediakan permainan berunsur perjudian di seluruh negara.
2 ulasan:
salam DR..
salam perjuangan SMA as-siddiqiah
Catat Ulasan