Selasa, 30 Jun 2009

MP PAS Kuala Krai: Sesi soalan jawab lisan

Sesi Pertanyaan Jawab lisan – 25 Jun 2009



Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sama ada usaha Kerajaan untuk menambah pengeluaran daging tempatan berjalan mengikut jadual dan berapa peratuskah penurunan import daging dicapai sepanjang tahun 2006-2008; dan (b) jika tidak, apakah langkah lain yang sedang diambil.

MP PAS Kuala krai dan Kuala Selangor bahas cadangan Pindaan Fasal 7 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 - 23 Jun 2009]



Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membahaskan cadangan Pindaan Fasal 7 RUU oleh YB DAP Segambut.



Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membahaskan cadangan Pindaan Fasal 7 RUU oleh YB DAP Segambut.

FASAL 7 RUU DNA
KETUA BANK DATA DNA, TIMBALAN KETUA BANK DATA DNA DANA PEGAWAI BANK DATA DNA
Pelantikan Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua dan pegawai lain.

7. (1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis sebagai Ketua Bank Data DNA Forensik Malaysia bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan itu.

(2) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis sebagai Timbalan Ketua Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini yang hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Bank Data DNA dan boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi Ketua Bank Data DNA di bawah Akta ini.

(3) Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi menjalan maksud Akta ini daripada kalangan anggota pasukan polis, ahli kimia dan pegawai lain daripada atau yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia yang hendaklah tertalku kepada kawlan, arahan dan penyrliaan Ketua Bank Data DNA.

(4) Ketua bank Data DNA boleh secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patutu dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini kepada Timbalan Ketua Bank DNA atau kepada pegawai Bank Data DNA.

(5) Suatu perwakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Bank Data DNA dan tidak menghalang Ketua Bank Data DNA daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.

PINDAAN YANG DICADANGKAN OLEH YB SEGAMBUT
(a) dalam subfasal (1), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis” dengan perkataan “seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA”.

(b) dalam subfasal (2), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pesuruhjaya Polis” dengan perkataan “seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA”; dan

(c) dalam subfasal (3), dengan menggantikan perkataan “anggota pasuka polis, ahli kimia dan pegawai lain daripada atau yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia” dengan perkataan “pegawai awam”

MP PAS Kuala Krai: Bahas RUU LHDN (Peringkat Jawatankuasa)

Perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008 dalam peringkat Jawatankuasa.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008 dalam peringkat Jawatankuasa. [18 Jun 2009]

MP PAS Kuala Krai: Soalan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 18 Jun 2009

Soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli kepada soalan asal No. 10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian sudah mengkomersialkan R&D tanaman ‘styvia’ yang dijalankan oleh MARDI sebagai alternatif pengeluaran gula. Sejauh manakah kejayaan yang dicapai dalam pemasaran gula alternatif ini bagi membantu menjaga kesihatan rakyat.

MP PAS Kuala Krai: Sesi soalan jawab lisan, 17 Jun 2009

Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan


Soalan tambahan MP PAS Kuala Krai kepada soalan asal No. 3. Dato’ Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Kementerian akan membina Hospital Perubatan Universiti Malaysia Sabah bagi memberi latihan amali kepada pelajar-pelajar fakulti perubatan UMS, memandangkan penduduk di negeri Sabah yang semakin meningkat. [17 Jun 2009]

Selsema H1N1 atau Selsema .......

Setakat berita radio jam 9.00 pagi ni, jumlah kes selsema A H1N1 ini mencecah 144 orang berikutan laporan 21 kes baru dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kebanyakan kes adalah kes import, yakni yang dibawa samada oleh pelancong atau anak tempatan yang masuk ke negara ini. Thailand dan Indonesia adalah antara 6 negara yang mana sesiapa yang datang dari negera-negara ini akan disaring dan dipantau dengan rapi.

Isu yang ingin saya ketengahkan ialah nama penyakit yang hendak kita promosikan kepada masyarakat. Kalau anda rasa polemik yang saya cuba timbulkan ini adalah remeh, anda silap. Ikuti hujah yang saya ingin kemukakan.

Ianya bermula dengan Swine Flu (bukan Pig flu, walaupun samalah tu), atau terjemahannya Selsema Babi (bukan khinzir, Kata DS Rais Yatim). Kemudian WHO mahu ianya di popularkan sebagai A H1N1 Flu, atau selsema A H1N1. Swine flu kerana virusnya dikesan pada babi, dan penyakit ini berjangkitan di kalangan babi. Malangnya virus dari babi ini boleh menjangkiti manusia. Lebih malang lagi virus ini pula boleh berjangkit sesama manusia. Hari ini saya yakin jangkitan seluruh dunia adalah antara manusia ke manusia. Peranan babi sudah berakhir.

DS Rais mahu nama Selsema Babi dipopularkan, bagi menggambarkan seriusnya penyakit ini. Beliau tidak mahu A H1N1 digunakan, kerana ia hanya huruf dan nombor yang tidak memberi apa-apa makna. Bila mendengar hujah beliau di TV saya terus menghantar SMS kepada seorang rakan yang menjadi Timbalan Menteri, dan kepada seorang pegawai tinggi Kementerian Kesihatan. Timbalan Menteri tidak menjawab tapi pegawai KKM ini menjawab 'thanks'. Esoknya saya mendengar DS Rais mengendurkan rhetoriknya dan mencadangkan gabungan kedua-dua nama. Agaknya mesej saya telah sampai ke sasarannya.

Saya masih tidak setuju. Selsema A H1N1 adalah jangkitan serius, dan amat mudah berjangkit. Satu peratus pesakit boleh maut. Rakyat mesti disedarkan dan pesakit mesti dirawat segera, bukan ditakut-takutkan atau dimalukan. Mengaitkan babi dengan jangkitan ini hanya mewujudkan stigma yang tidak kita perlukan. Tidak ada sesiapa, baik Muslim atau Non-Muslim mahu dikaitkan dengan babi. Non-Muslim ketika menyumpah pun sebut babi.

Jika kita mahu mengadakan program pengawalan dan pencegahan, kita mahu seramai mungkin orang yang mengesyakki mereka dijangkiti tampil untuk pemeriksaan di hospital atau klinik. Tetapi bagaimana orang mahu tampil dengan sukarela jika mereka disyakki ada hubungan dengan babi? Mereka akan berasa malu. Akhirnya mereka tidak dapat rawatan, tidak dapat dikuarantin dan terus merebakkan virus ini dalam masyarakat. Ketika itu wabak sudah melanda dan kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Oleh itu, saya mengesyorkan supaya penyakit ini dikenalkan dengan nama saintifiknya iaitu Selsema A H1N1. Kalau kita ingat cerita penyakit Gila Babi vs Epilepsy, saya fikir anda akan faham maksud saya.

Sabtu, 20 Jun 2009

Kemungkinankah 8 profesional culprit ini punca sengketa?

(Berikut disiar semula penulisan dalam Tranungkite yang kritikal terhadap kenyataan media 10 ahli Parlimen. Jika anda ada komen silakan menulis. )

Posted on Friday, June 19 @ 04:58:57 PDT by TokPenghulu

"Saya berteori bahawa ketegangan dalam pas berkaitan unity government ini berpunca 8 culprit desperado ini yang takut kehilangan kerusi parliment kerana ramai yang mengundi mereka adalah orang cina dan india.

Teori Kerajaan Perpaduan Ummah yang peringkat konsep pun akan meliarkan pengundi mereka dan tidak berpeluang lagi lah menjadi MP.Memang perkara yang pelik sudah berlaku sekarang dan melihat bagaimana satu idea yang simple saperti unity government yang hanya peringkat konsep telah di carik carik kan dengan ganas saperti anjing kelaparan oleh DAP dan setengah ahli parlimen. Ini membangkitakan petanyaan siapa kah culprit dibelakangnya. Mesti terdapat mereka yang merasa takut kepada suasana baru kerana suasana sekarang sudah dirasa confort zone oleh mereka. Dengan melihat 8 MP ini memberi press statement di parlimen atas group anti unity government membuat saya berfikir adakah ini political culprit nya. Mungkinkah ini the culprit yang sebenar yang sentiasa menjadikan isu antipresident ini membara.



PAS MPs (seated from left to right) Khalid Abd Samad, Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Lo’Lo’ Ghazali, (standing from left) Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud and Siti Zailah Mohd Yusoff at the press conference at the Parliament lobby Thursday.

(nota: yang tiada dalam gambar ialah Dr Mohd Hayati MP Pendang dan Ust Taib Azamuddin, Baling)


Diantara persamaan mereka ialah
1. Mereka menaiki kenderaan PAS di tengah jalan setelah kenderaan mereka hancur saperti hancurnya ABIM IRC Suara Islam kerana menjadi kumpulan elit yang tidak berpijak di grassroot ummah
2. Mereka di latih untuk menjadi leader bukan follower
3. Mereka menang ke parlimen dengan undiaan orang Cina dan India dan konsep Kerajaan Perpaduan Ummah akan menyebabkan undi tidak lagi diberi kepada 8 orang ini.
4. Mereka tidak pernah merasa keperitan berjuang Islam di peringkat akar umbi menghadapi ancaman dan kesengsaraan selama berpuluh tahun.


Saya memerhati tetapi terpulang lah kepada saudara untuk memikirkannya. Press statement yang sebegini tajam dan berpihak kepada idea sendiri dalam keadaan nasihat tutup mulut di keluar dan pemimpin masih mencari formula kedamaian adalah irresponsible dan jelas bercanggah dengan semangat menyelesai masaalah. Press statement yang penuh putarbelit ini adalah saperti berikut

'Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Komen: Muktamar berkeputusan memperkukuhkan PR tetapi tidak ada menyebut mencegah PAS mencari formula baru untuk kebaikan Parti.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Komen: Kamu membuat press statement ini pun telah bercanggah dengan nasihat jangan memperbesar isu ini ,jadi kamu sebenarnya telah menambah kekeliruan ahli dengan mengambil stand.

Komen: mengapa mengheret Dato Abdul Halim Abdul Rahman pula untuk turut mengimarahkan perselisihan.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Komen: Mengapa tidak di sebut kami menyokong penuh semua pimpinan PAS kerana semua pun berusaha untuk meyelesaikannya.

Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009.

Ini adalah link press statement you tube
http://www.youtube.com/watch?v=GLYyW1PXAjU&feature=player_embedded"

Khamis, 18 Jun 2009

Kenyataan MP Mengenai UG

Dua laporan di bawah ini dipetik dari Malaysiakini dan Harakahdaily. Sebagai penjelasan, kenyataan ini dibuat atas nama beberapa orang Ahli Parlimen dan AJK Pusat yang berada di Parlimen petang ini. Terlalu ramai ahli dan penyokong Pas yang mengemukakan pertanyaan mengenai kedudukan pimpinan dan Ahli Parlimen dalam isu ini. Pihak media pun kerap bertanya kami akan isu yang pada anggapan kami terlalu banyak menimbulkan persoalan. Kami cuba untuk tidak memberi sebarang komen tetapi berdasarkan suasana dan perkembangan semasa yang berlaku kami mengambil keputusan mengeluarkan kenyataan berikut:


KAMI BERPEGANG TEGUH MEMPERKUKUHKANKAN PAKATAN RAKYAT

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep 'Unity Government (UG)'

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Sekian.

Ditandatangani oleh Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefli Ahmad (Kuala Selangor), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Hj Mohamad Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Hj Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

"Kami berpegang teguh memperkukuh Pakatan Rakyat - Ahli Parlimen PAS

(Dari Harakahdaily)
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jun 18, 09 7:12:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen PAS berpendirian berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN. Demikian kenyataan yang dibacakan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mewakili ahli-ahli Parlimen di Lobi Dewan Rakyat petang tadi.

Bercakap lanjut, Dr Hatta berkata, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya ingin menegaskan bahawa persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah merupakan agenda PAS. Ia selaras seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008, ujar Dr Hatta.

"Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh kalangan ahli-ahli Parlimen PAS._

10 PAS MPs want a stronger PR

(ihsan Malaysiakini)

At the Parliament lobby late afternoon today 10 PAS leaders and MPs signed a statement stating that they wanted to strengthen the ties with Pakatan and rejected any kind of corporation with with Umno-BN. The ten that signed the statement were central committee members Hatta Ramli (Kuala Krai), Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Taib Azamuddin Taib (Baling) and Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar). The others - who were not in the central committee - were Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohd Hayati Othman (Pendang) and Khalid Samad (Shah Alam).

Hatta acted as the spokesperson for the MPs and said that any push for unity government conflicted with the stand agreed upon in the muktamar. He added that they had come out with the common statement backing Nik Aziz as many people have been asking them to state their stand on the issue. He further said that it is up to Hadi and Nasharuddin to state their stand on the issue now. He also said that they have not been able to contact Nasharuddin today.

Rabu, 17 Jun 2009

Soalan Lisan Parlimen 16 Jun

Soalan:
Dr Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan kemajuan projek 'high-speed broadband' dan adakah infrastruktur 'broadband' ini dapat dimanfaat oleh penduduk luar bandar.

Jawapan:
Tuan Yand Di-Pertua,
Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional yang merangkumi aspek penawaran (supply) dan permintaan (demand) telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mencapai sasaran kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50% mengikut isi rumah pada akhir tahun 2010. Perluasan infrastruktur ini dilaksanakan mengikut dua kategori jalur lebar iaitu jalur lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband - HSBB) bagi kawasan-kawasan terpilih seperti Lembah Klang, Kawasan Perindustrian dan Iskandar Malaysia dengan kelajuan minimum 10 Mbps; dan jalur lebar untuk orang awam (broadband to the general population - BBGP) di seluruh negara dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.

Projek HSBB yang dilaksanakan secara usaha sama di antara Kerajaan dan Telekom Malaysia (TM) telah ditandatangani pada 16 September 2008 melibatkan komponen rangkaian akses, teras dan antarabangsa. Sehingga kini, bagi rangkaian antarabangsa, TM telah menaiktarafkan lebar jalur kabel dasar laut Asia America Gateway (AAG) dan SEA-ME-WE 4. Bagi rangkaian akses pula, kerja-kerja sivil dan pemasangan kabel optik sedang dilaksanakan manakala bagi rangkaian teras, pemasangan IP Core, transmission link, Metro E dan Sistem Kawalan sedang dilakukan.

Dari segi strategi permintaan di bawah Projek HSBB pula, antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah projek e-School, pakej jalur lebar mampu milik, menambah baik perkhidmatan e-Kerajaan, e-Pembelajaran dan e-Dagang, program promosi seperti Karnival ICT, pameran Kediaman Digital an lain-lain.

Tuan Yang Di Pertua,
Bagi penduduk luar bandar, infrastruktur jalur lebar akan dapat dimanfaatkan melalui pelaksanaan projek-projek BBGP, di mana Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) sebanyak RM2.4 bilion akan dibelanjakan sehingga akhir tahun 2010. Sebanyak 190 buah pusat jalur lebar telah dibangunkan pada tahun 2008 dan 430 buah lagi akan dibina di seluruh negara. Pusat Jalur Lebar ini akan memberikan liputan jalur lebar terhadap kira-kira 1.88 juta isi rumah di kawasan pedalaman. Selain itu, sebanyak 1000 buah menara telekomunikasi akan dibina secara berfasa bagi memastikan liputan telekomunikasi dan infrastruktur jalur lebar disediakan secara menyeluruh.

Selasa, 16 Jun 2009

Pas sincere? Thanks, Najib, and leave MU to us

It's not that often that you hear an Umno leader giving a good review of Pas. However, of late, we have heard nothing but flattering comments from their top leadership. I'm impressed and flattered. Our fifty odd years of perseverence in our dakwah has been fruitful. Umno has finally come to its senses. Najib could sense that Pas is sincere in wanting a unity government.

The next best course of action for Umno to demonstrate its new found realisation is to allow Pas to win Manek Urai by-election uncontested. Any contest would encourage mud-slinging, harsh character assassination, wasting of public fund, and distraction from the more important duty to tackle the economic woes of the nation. At the end of the campaign period there would surely be bad blood between the two parties, and all the good impression Umno has on Pas would evaporate. So, if Najib is equally sincere, get out of Manek Urai, and leave Manek Urai to us. After all Manek Urai has been a Pas strong-hold for a long time.

Di Parlimen: Soalan Lisan 15 Jun 2009

Dr Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta Menteri Kesihatan menyatakan samada pembinaan hospital Kuala Krai yang hanya dijangka dimulakan pada RMK10 dapat dipercepatkan ke RMK 9 kerana keadaan kesesakan yang keterlaluan pada masa ini.

Jawapan:
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian Kesihatan sedia maklum akan keperluan bagi membina Hospital Kuala Krai yang baru bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) terpaksa ditangguhkan di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-9 kerana peruntukan yang terhad. Oleh itu, cadangan projek pembinaan hospital ini perlu dimasukkan semula untuk dipertimbangkan di bawah RMK-10 kelak

Siapa Pengganti Pak Su Wil di Manek Urai?

Apabila dipilih menjadi calon Parlimen Kuala Krai pada PRU 12 tahun lalu, saya tidak dapat membayangkan kedudukan geografi dan struktur demografi kawasan tersebut. Apabila ditunjukkan peta kawasan PR dan taburan pengundinya, saya terbayangkan cabaran dan ancaman yang bakal di hadapi. Saya teringin kembali ke Gombak yang telah memang saya kenal sekian lama. Bagaimanapun itu pasti hanya tinggal keinginan. Azmin Ali sudah bersedia di sana. Saya mempunyai masa 3 hari untuk menyesuaikan diri dengan realiti baru ini, termasuk mempastikan ejaan sebenar Manek pada nama Manek Urai.

(Ihsan dari Malaysiakini)
Saiz Parlimen K Krai 3 kali ganda saiz Perlis. Jarak dari satu hujung ke hujung bertentangan mencapai 120 km. Boleh dijamakkan sembahyang. Maka saya pasti boleh dimaafkan jika dalam tempoh berkempen selama 12 hari itu ada kampung yang saya tidak sempat masuk, ada masjid yang saya tidak sempat singgah, dan macam-macam kekurangan lagi. Namun atas sokongan pengundi dan keinginan mereka untuk mengembalikan K Krai dan semua DUNnya (ada 4 DUN) kepada Pas dan PR maka kita menang. Ismail Yaakob atau Pak Su Wil menang selesa di Manek Urai. Kembalinya beliau sebagai ADUN disambut meriah, umpama pulangnya wira ke ribaan rakyat.

Saya menumpang populariti orang tempatan seperti Pak Su. Mengikut rekod, yang mengundi Pak Su telah juga mengundi saya. Begitu juga di 3 DUN lain. Bertuahnya saya kerana kalau mengharapkan imej peribadi yang tidak siapa yang kenal, mustahil saya diundi oleh mereka. Mungkin begitulah cara atau pola mengundi rakyat Malaysia, iaitu kesetiaan mengundi mengikut parti.

Empat tahun (2004-2008) di bawah BN tidak menjadikan K Krai dan Manek Urai lebih baik dari kawasan-kawasan lain di Kelantan. KESEDAR yang dikuasai kerajaan Pusat tidak menyempurnakan pembangunan luar bandar dan wilayah yang dikuasainya. Jalan kampung tidak terpelihara, penganugerahan projek-projek kecil dan pembinaan rumah mampu milik dibuat secara berpilih-pilih mengikut garis kepartian, manakala projek-projek besar yang dilulus untuk RMK9 seperti hospital baru K Krai dan lebuh raya pintasan baru, dianjakkan ke RMK10. Itulah punca kemarahan rakyat hingga mereka memindahkan sokongan kepada kerajaan pimpinan TG Nik Aziz.

Pak Su Wil ditakdirkan uzur sejurus selepas dipilih buat kali ke 5. Keuzurannya berakhir dengan kematian setelah 10 hari menjalani above-knee amputation kaki kirinya berikutan embolism dalam salur darah betis kirinya. Pemergiannya diratapi ramai. Ramai yang turut menyempurnakan solat jenazah beliau dibelakang TG Nik Aziz. Kini DUN Manek Urai sedang mencari ganti kepada Pak Su Wil. Adakah sesiapa dari Pas yang boleh menggantikan beliau? PRK Manek Urai pada 14 Julai akan memberikan jawapan.

Isnin, 15 Jun 2009

Nizar's show of Defiance

Today is the first day of the 2nd session of Parliamentary meeting for 2009. It would end on June 30th. It started well with the swearing in of our new MP from Bukit Gantang, DS Nizar Jamaluddin. The opposition block demonstrated its support by banging on the table as Nizar approached the rostrum. After signing the Oath Book, Nizar muttered something to the Speaker and then led the opposition to shouts of 'hidup rakyat' and 'bubarkan DUN Perak'. Most of oppositon MPs wore either a headband or armband with "bubar DUN" written on it. The unprecedented action of the opposition MPs did not go down well with Speaker, and after some heated exchanges, the Speaker ejected Nizar and 6 other MPs, Nizar for starting the ruckus and the others for going against the dress code. A headband is a no-no in M'sian Parliament, we later learnt. Nizar must be the first MP in Malaysia to be ejected right after the oath-taking.

Some people might not agree with the action of the PR MPs. Rembau's KJ called it childish, and Min. Nazri insulted Nizar. These jokers don't matter. I think the whole event has captured the understanding of those present, and the rakyat at large (by the way, was the session shown live on RTM?). I'm still receiving SMS from party supporters who enjoyed hearing of what had happened.

Despite arguing with the Speaker, the chosen MPs relented and left. The same did not happen in the Perak DUN after Speaker Sivakumar ordered some BN ADUNs including Zambry to leave after being expelled earlier. They defied the Speaker and persisted with their recalcitrant attitude. Luckily what finally happened to Sivakumar did not recur to the Parliamentary Speaker. And Perak politics remained in shambles.

Nizar should have been given the chance in the august chamber to explain the unconstitutional coup in Perak, as he had just pledged to uphold the constitution minutes earlier. His plight must be known to everyone, especially the Speaker. Sending him off that early would only encourage Nizar and his colleagues to find another appropriate time to demonstrate their dissatisfaction. The crisis would now be shifted from the Perak DUN to the Parliament. They asked for it.

And I've been made to join Nizar for the 2 day break.

Another term as PAS Treasurer

The PAS Central Committee meeting last Thursday, the first after the party's muktamar, decided to again appoint me as the Treasurer for another term. If I am able to complete this 09-11 term, I would have been the treasurer for 6 years. To my mind that's pretty long for any person in any post. We'll see if I can last the distance. The role as the key holder to the party coffer in the past also allowed me to take care of landed properties of the party. This role is again assigned to me this time around. I'm honored and I thank my colleagues for the appointment.

The last 2 years were uneventful, meaning no big project to show of. The Building Management Committee that I chaired did plan for an ambitious redevelopment of the Markas Tarbiyyah in Taman Melewar, which would have seen us spending about RM 4m to repair, re-do and upgrade the quarter century-old complex. It did not materialise for several reasons, including our failure to agree with the final plan and the recurring financial incapacity. The plan has been temporarily shelved, pending a revisit of the whole development idea.

Meanwhile the longstanding plan to develop a new complex for Pas, announced and launched almost 10 years ago was given a new breath of life by a committee headed by Dato' Husam, then the party's Vice President. The original idea of having the complex somewhere near Bangi (I couldn't recall why Bangi was chosen, then) was followed through. This time, the choice of Bangi gained easy acceptance due to its closeness to Putrajaya, making it easier to commute to the capital township if the need arises. It's worth noting and recalling that when Putrajaya started to take shape, Pas leaders promised to sell it off if the party gain power. I have always viewed this promise as mere rhetoric.

The project was launched by the President on May 18 in Seri Kembangan. A hefty sum of money by our standard totaling RM 526,000 were collected from well-wishers during that event and currently the fund stands at RM 1.2m. However the amount is very far off the total development budget of RM 27m, which would have covered the price of the 17-acre land, and the the construction costs of a Convention Centre and a Training-centre complex. Dato' Husam has since been reappointed the Chairman of the Complex Development Committee and I'm optimistic that his leadership would drive us to work hard to fulfil the party's dream of a new home.

Before I forget, let me paste the account details of our project: Bank: BIMB. Account Name: Tabung Pembangunan Kompleks PAS Acct No: 14023010039098. Site wakaf sale at RM 50 per sq ft was launched during the muktamar and your support is highly appreciated.

Please feel free to contact me for any idea on the planning, and for fund raising. And do browse http://kompleks.pas.org.my for some other details.

Selasa, 9 Jun 2009

Amanah Berat Dalam Parti

Memang seronok bertanding dalam pemilihan parti yang baru berlangsung. Bukan kerana prospek yang menanti jika menang tetapi kerana dapat terlibat dalam persaingan yang menguji kedudukan diri di mata perwakilan. Kita sedang diperhati dan diadili oleh rakan-rakan sendiri. Memang ada rasa cemas kerana keputusan pemilihan sedikit sebanyak menggambaran jaya-gagalnya kita dalam menguruskan parti mengikut kacamata seluruh perwakilan yang datang dari seluruh pelusuk negara. Bayangkan betapa kerdilnya kita bila apa yang telah kita lakukan, yang pada anggapan kita telah cukup hebat, tidak mendapat pengiktirafan rakan-rakan kita. Lebih mencemaskan lagi apabila rakan kita yang pada ukuran subjektif kita sendiri, tidak sehebat kita telah mengatasi kita dalam persaingan ini. Ataupun orang yang pertama kali bertanding lebih mendapat sokongan.

Sebenarnya, pemilihan ini memaksa kita bersikap objektif dan tawadhuk, bahawa kita tidak sebenarnya hebat, bahawa ahli Pas meletakkan penanda aras yang tinggi bagi pemimpin mereka. Jumlah 1044 perwakilan yang hadir rupanya adalah hakim yang bijaksana. Maka kita harus akur bahawa keputusan yang diperolehi adalah yang bijaksana. Namun begitu, sekadar untuk melengkapkan bicara, kebijaksanaan ini mesti di capai dalam suasana pemilihan yang telus dan adil, dan ahli yang mmengundi berbuat demikian dalam keadaan sedar dan bermaklumat (informed). Ini menuntut satu bentuk pendekatan yang membolehkan calon-calon mengemukakan satu profail peribadi yang merangkumi kejayaan mereka serta hasrat yang hendak di kemukakan kepada parti. Jika tidak, akan berlaku perkara seperti yang disebut oleh perwakilan Pahang, Us Yusuf Embong, bahawa sebahagian calon yang menang dipilih kerana populariti dan bukan prestasi. Dan lebih malang, kata beliau, jika pemimpin dipilih kerana berada dalam kumpulan tertentu. Dalam konteks penmilihan kali ini dan sebelumnya, persolan visi dan misi calon amat sedikit didedahkan untuk maklumat perwakilan.

Saya sendiri tidak tahu atas alasan apa saya dipilih kali ini (saya tidak bertanding dalam pemilihan 2007). Mungkin oleh kerana telah berada dalam saf kepimpinan pusat selama 12 tahun maka muka kita lebih dikenali, atau ada 638 perwakilan yang bersusah payah menyelidik hasil sumbangan saya kepada parti (I doubt this), yang tidak seberapa pun. Saya membuat pemerhatian bahawa dalam Pas, memang susah untuk terpilih ke jawatan AJK Pusat, tetapi lebih susah untuk terkeluar dari kepimpinan setelah terpilih sekali, pastinya kerana 'the advantage of incumbency'. Sebab itu ada pemimpin yang dapat bertahan 20 hingga 30 tahun.

Yang lebih penting dari persoalan di atas ialah tanggungjawab memikul amanah yang telah diberikan oleh perwakilan. Kita tidak boleh menyalahkan orang yang memilih kita jika gagal bekerja. Kita dengan sedar setuju untuk dipilih dan apabila terpilih, tiada orang lain yang boleh duduk di kerusi kita untuk melaksanakan kerja kita. Jadi unsur kesukarelawanan terhenti pada peringkat menawarkan diri untuk bertanding. Bila sudah menang, kita bukan sukarelawan lagi tetapi sebenarnya petugas yang sepenuh masa. Tidak dibayar gaji tidak bermakna kita sukarelawan. Kita adalah petugas tanpa gaji.

Terima kasih kepada perwakilan yang membenarkan kita berbuat kebajikan kepada parti. Insyaalah kita berdoa agar amanah yang diberika tidak terabai.

Hatta