Selasa, 8 Julai 2008

Protes Akan Diteruskan

Alhamdulillah, himpunan sejuta rakyat di Stadium Kelana Jaya berjaya mencapai objektif, iaitu menonjolkan kemarahan rakyat secara aman terhadap kerajaan BN pimpinan PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. BN dan UMNO hidup sejak 50 tahun lalu dengan sentiasa menyusahkan hidup rakyat. Tidak kurang 30 ribu rakyat turut serta, menurut Agendadaily. Congakan saya pula, lebih daripada itu.

Insiden punggung telah diselesaikan dengan baik apabila pihak penganjur tanpa berlengah lagi lantas memohon maaf. Serupa dengan kes buka baju secara 'live' di kaca TV oleh seorang penyanyi terkenal baru-baru ini, pihak penganjur di Stadium Kelana Jaya tentulah tidak dapat meneka lebih awal apa-apa gimik mengejut yang dirancang oleh kumpulan jemputan.

Dari AlJazeera.net hari ini:
Public anger over fuel prices has heightened in recent weeks after the government led by the National Front Coalition increased petrol by 41 per cent and diesel by 63 per cent last month.
Hatta Ramli, from the Islamic opposition party, PAS, told the crowd: "Today we gather to show our anger. We still have time because today we will gather until the fuel price is reduced."
Hatta demanded that Abdullah Ahmad Badawi, the Malaysian prime minister, step down if prices are not reduced.
There was no unrest and no visible presence of security forces in and around the stadium.

.....Hatta said to the crowd: "Our aim is not to cause trouble, but to get the message to the government that fuel prices must come down and we will not stop our protests until this happens.
"The protests will only get worse until the government listens to the voice of the people to ease their burden and suffering."

9 ulasan:

yahuza berkata...

PROTES: PUNAH!! Itu Ucapan Saya Ketika Masuk Stadium. baca lagi dalam
http://demokorup.blogspot.com

Dr, maap kalau posting saya keterlaluan, apapun Dr perlu mintak maap secara terbuka kepada semua penyokong PR, takut nanti rakyat di bawah tak paham. Saya tetap sokong dan akan turun dlm stp demo kita. tapi perlu baiki sikit..

Akim Azmi berkata...

PETIKAN DARI LAMAN TKO.........
"Berita TV 9, mengisahkan penyanyi rock londeh seluar semasa konsep "Protes" Kita tak perlu ulas berita tersebut. Peristiwa tersebut benar dan sahih. Namun yang mengdukacitakan segelintir pimpinan Pas pusat hadir, solah-olah membenarkan pesta sonsang atau perta londeh seluar "PROTES"



Kebetulan saya bertemu Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman dan bekas calun DUN Cukai Tuan Haji Hanafiah bin Mat, bekas tahanan reman POLIS KES MASJID BUJAL yang diroboh oleh regim UMNO Kemaman.

Disini kami rakamkan perbualan dan unjukrasa beliau peristiwa "PROTES" yang diketuai oleh Yb, Dr, Hatta orang penting dalam unjukrasa "Protes " yang membawa sial dan episop duka dan derita kepada Jamaah Islam dan Parti Pas pada amnya.

Dalam perbualan Sdr. Haji Hanafiah bin Mat amat murka dan marah kepada wakil Pas Dr. Hatta satu-satu isan yang merelai dan mengadai maruah Parti Pas. Dimana tarbiyah Islam yang didokong dan dianuti?. Adakah Yb Dr. Hatta terlupa tarbiyah Islam yang didik semenjak kecil dan terkenal dengan gah dan jitu dalam perjuangan Parti Pas yang dokong selama puluhan tahun?.

Persoalan yang disuarakan oleh Sdr Haji Hanafiah dan semua pemuda PAS Kemaman kepada YB Dr.Hatta adakah beliau hilang punca apabila berkot dan bertali leher bergelar Yang Berhormat atau YB Dr. Hatta hilang pertimbangan dek diulik sedikit kemegahan dan berkawan dengan Hisamudin Rais?/PKR?

Semua atau sebahagian pemuda Pas Kemaman menamatkan mesyuarat awal, untuk hadir dalam unjukrasa 'PROTES", Ini kerana pimpinan Pas Kemaman dan Pemuda diajar dengan konsep tarbiyah yang betul. Hadirkan diri untuk mengzahirkan kezaliman yang nyata.

Namun rasa terkilang dan cukup memualkan apa yang diharap dan ditarbiyahkan tidak sama apa yang terhidang dalam program tersebut. Seribu kekesalan dan benci pada orang yang bernama Yb, Dr, Hatta . Kamu di ibarakan Mengharapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Bagaikan kadok naik junjung

Itulah sekelumit rintihan bekas tahanan reman Polis merangkap Timbalan Yang di pertua PAS Kemaman dan bekas calun DUN CUKAI pru 12 yang lalu.

Dengan ini kami meminta pimpinan PAS yang hadir dalam program tersebut meminta maaf secara terbuka kepada penyokong PAS kawasan Kemaman malah semua pelusuk tanah air. Terutama YB.Dr, Hatta. pemain utama dalam pesta rock londeh seluar "Protes".

Bagi Sdr Haji Mat Sabu dan YB utz. Nazaruddin perlu juga meminta maaf kepada penyokong dan pencinta Islam kerana kamu hadir dan BERUCAP dalam pesta londeh seluar dalam program "PROTES" .

cIKGU K KRAI.

Tanpa Nama berkata...

Satu kejadian yang amat memalukan pada tanggal 6 Julai yg lepas...Saya kesal kegagalan anda dlm melaksanakan amanah utk memastikan kebencian rakyat pd kezaliman yg dilakukan oleh pemerintah. Tiada ungkapan maaf drp anda sendiri sebagai pengerusi PROTES atas insiden yg memalukan tersebut....anda terus angkuh dan mabuk bila mana mengatakan jumlah kehadiran pd prog tersebut melebihi angka 30ribu....memanglah anda berangan-angan....alasan anda mengatakan tidak dapat menjangka sebarang tindakan yg akan dilakukan oelh artis kumpulan yg dijemput tak ubah seperti alasan seorang anak kecil yg baru mula utk belajar berfikir utk membohongi orang tuanya...anda sebenarnya telah hilang punca...hilang pedoman dlm membuat pertimbangan dan keputusan. jangan lah anda menyalak utk menyalahkan unit amal dan pemuda yg telah "KELUAR" meninggalkan prog tersebut tanpa berfikir dgn waras kenapa tindakan tersebut diambil oleh mereka....saya amat bersetuju agar PROTES ini diteruskan dengan syarat anda tidak duduk dlm jawatankuasa tersebut sebagai wakil PAS.....anda telah khianat pd amanah....saya cabar anda utk membuka ruang undian bagi melihat andakah anda masih popular lagi atau tidak atas kejadian 6 julai tersebut.....saya cabar anda!!!!!!

Dr. Hatta Ramli berkata...

Terimakasih atas nasihat. Buat pengetahuan jihad4iman saya telah memohon maaf beberapa hari lalu. Rujuk harakahdaily dan www.protes2008.blogspot.com

Buat saya, perjuangan tetap diteruskan.

hafiz berkata...

Salam dr, saya adalah salah seorang yang hadir di PROTES... yup... ramai d kalangan orang pas EGO pada apa yang mereka capai selama perjuangan ini.... dasar PAS tak salah... yang salah adalah orang... ini adalah artikel yang saya muatkan dalam blog saya berkenaan PROTES 678 tempohari...

TRIBUTE TO CARBURETOR DUNG...SHAHNON TOO...
Saya sedih melihat kejadian depan mata tempoh hari 678. Bukan kerana Alak menunjukkan bontotnya. Tetapi sedih melihat gelagat siol macam hilang pedoman para audien yang tak puas hati. Dengan semena-mena terlihat oleh saya sebuah balingan cantik bekas air kemudian diikuti botol2 air kepada stage. Umpama bedilan mortar puak taliban kepada tentera US yang berkawal.... Audien ini dengan tiba-tiba bagai dihasut histeria yang biasanya histeria ini berlaku kepada perempuan, gadis yang dalam keadaan datang bulan samaada berdara atau tanpa dara lagi. Konklusi mudah saya ialah; masyarakat kita terutamanya orang melayu masih lagi belum matang... baik dalam politik apatahlah lagi dalam seni. Mungkin mereka lebih selesa dengan kumpulan nasyid maupun dikir barat. Tanya saya ialah...adakah seni itu akan terhenti setakat nasyid dan dikir barat atau lelagu yang biasa kita dengar di berhala tv dan radio aja? Seni itu senantiasa berevolusi. Saya ada menulis berkenaan kejadian tempoh hari dan malas mau mengulasnya lagi.

Kali ini saya ingin membawa anda, kembali mengingati akan sesuatu yang hampir serupa pro nya dan jelas. Tindakan Alak tempohari tidaklah seteruk dan sejijik novel shit. Tika itu, utusan malaysia dan seluruh media anjingan ini terus-terus memperbodohkan rakyat malaya lebih-lebih lagi orang melayu. Kemunculan novel Shit yang dikarang oleh Profesor Emiritus Shahnon Ahmad Sasterawan Negara memang tepat pada masa itu. Novel Shit adalah berkenaan tahi.... kekotoran, kekalutan, kebodohan, tak keruan politik dan pimpinan negara yang bacul lagi korup. Novel ini adalah manifestasi emosi yang bebas dari kongkongan budaya melayu yang dikata sopan (kononnya). Tuan Guru Nik Aziz turut memberi reaksi positif sehingga popularlah dengan semena-mena “TUHAN MENCARUT” dari mulut tok guru sendiri yang mana, kalaulah Tok Guru Nik Aziz itu mursyidul am UMNO, mungkin sebahagian pendokong PAS telah mengkafirkan beliau.... Akan terbitnya novel Shit ini orang-orang PAS sokong malah beli novel ini sebagai kenang-kenangan walaupun tak abis membacanya. Nah... buat yang lupa, saya sisipkan beberapa perkataan yang tercetak di novel ini...

“PukiMak nampak tenang tapi sebenarnya wujud dalam kebimbangan yang amat sangat.” m/s 115 lagi “Bagaimana lobang keramat hendak mengemut lagi kalau lendir dikeringkan serta merta.”m/s 153 lagi “Lobang keramat bukannya jauh dari kedudukan PukiMak. Tak pun sampai sejengkal dari kepala taik yang dijadikan markas kuasanya itu” m/s 59 lagi “ketulan yang satu lagi pun memang patuh dan setia 100% pada PukiMak meskipun ketulan itu tinggal berjauhan dari kepala taik PM.” m/s 93

Saya nak tanya kepada anda... adakah jilat, menjilat lebih lucah dan jijik dari pukimak, lobang keramat, kemut? Pak Shahnon adalah orang sastera, orang seni, orang yang berpandangan di luar kotak.... begitulah juga dengan Carburator Dung... apa yang membezakan adalah SHIT itu sebuah karya dicetak dan MARI NYANYI MENJILAT itu adalah sebuah karya nyanyian. Kedua-duanyapun aksi dan reaksi...ia adalah seni... bunyinya kotor dan jelik. Akan tetapi, ia bertujuan memberi gambaran dekat lagi objektif akan hal yang berlaku. Ia adalah sebuah satira politik dalam mendewasamatangkan pemikiran rakyat. Kita seharusnya menilai diluar kotak agar dapat memahami dan lebih terbuka dalam menilai sesuatu. Ekspresi itu adalah seni yang keluar dari sanubari... ia adalah software khas yang ada di setiap jiwa manusia. Ekspresi! Faham!? Tindakan sebilangan audien yang menctuskan neo-riot tempohari amat-amat memalukan dan ia merupakan tindakan yang double standard. Dr Hatta, Isham mengelengkan kepala mereka...maka, pastilah juga Pak Shahnon mengelengkan kepalanya.....

Saya ingin menyeru anda agar lebih terbuka dalam memberi penilaian serta tindakan. Bila isu ini tercetus, media pro Be End memainkan propaganda. Walaupun ia murahan, ia mampu memberi impak besar kepada Pakatan Rakyat apalagi penganjur PROTES itu sendiri. Makcik-pakcik dirumah, dikampung semestinya mengelengkan kepala seraya berkata... inilah dia budaya barat dan ganas yang dibawak oleh pembangkang, orang sendiri pun nak serang...... -hafiz

Unknown berkata...

Teruk kena bantai Yeop kita ni. Dah la penat kerja. Kena bantai pulak. Dugaan.....

Tapi, setakat yang saya tahu, Dr Hatta ni bukannya reti serik. Hampa kata la apa pun. Buat buang gas ja...

Orang kampung di Tmn Melewar mengaruk, Yeop! Tak dak tempat nak kuliah, nak main badminton...

Jiran kita ramai dah yg jinak dgn markaz. Dulu nak rapat pun tak berani. Sekarang dah merajuk...

Sampai ada yang kata macam-macam. Malas nak tulis di sini. Encik Janggut tempat depa lepas geram. Akibatnya, Encik Janggut angin satu badan kat hang.

Tolong tengok-tengok, Yeop!

Cikli berkata...

Salam Dr...

Teruskan perjuangan murni.
Apa yang tersalah diakui dan maaf dipohon. That is wisdom.

Dr. what about putting some Krai pictures in here? Photos of the late Masjid Guchil and the Hill will be great.

Unknown berkata...

perjuang-2 kuala krai telah mengorbankan segalanya untuk yb.Tanyala pendapat-2 mereka dalam merancang sesuatu. jangan ditinggalkan terus.bertanyakan khabar pun tidak...kecian ustaz-ustaz kita.salam

Samudera Tinta berkata...

Salam Dr Hatta,

Izinkan saya mencoret sedikit komen di sini. Saya ingin memohon Dr Hatta dan jawatankuasa PROTES mengadakan demonstrasi sekali lagi pada bulan Ogos ini. Apa yang berlaku pada himpunan PROTES lalu biarlah berlalu. Sekurang-kurangnya itu menjadi pengalaman dan pedoman buat kita dalam meneruskan agenda perjuangan Islam kita. Ibarat kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Hanya yang selalu turun berdemonstrasi/berhimpun tahu akan pahit manis dalam menjalankan aktiviti rakyat ini. Secara peribadi saya berasa cukup terguris dan sakit hati dengan beberapa kerat pimpinan PAS (especially kat Selangor) yang tak pernah pun nampak muka masa demonstrasi tapi sesedap mulut je bagi komen. Himpunan PROTES gagal lah, dan macam2 lagi padahal dia tak pernah turun demo pun. Penakut kot! Cakap je lebih! Alamak Dr, nampakya saya mcm dah lari dari maudu' asal.Maaf ye..

Tentang permintaan tadi, jika telah ada dalam perancangan PROTES itu sudah bagus. Sekarang kita lihat UMNO-BN telah berjaya mengalihkan fokus rakyat daripada kes kenaikan harga minyak kpd kes Anwar da terbaru isu muzakarah/muqabalah PAS-UMNO. Ni belum lagi cite pasal bubar PAS-UMNO dan bentuk parti baru.

Jadi, kita perlu kembali membawa fokus rakyat kepada isu sebenar yang masih membelenggu rakyat. Kita seharusnya sedar yang harga minyak telah pun turun degn agak byk tapi perkara ini seolah disenyapkan sahaja oleh media perdana. PROTES perlu bertindak menyedarkan rakyat dari hanyut dibuai isu-isu yang sengaja direka oleh UMNO-BN. Tempatnya biarlah terbuka samada di KLCC ataupun berarak seperti BERSIH dulu. Tolonglah Dr, saya rasa perkara ini sangat2 perlu dilakukan. Kita jangan biarkan kerajaan yang zalim bermaharajalela.

Penutupnya, saya akan terus menyokong Dr dan jawatankuasa PROTES. MArilah kita meneruskan perjuangan ini.

P/S:Saya memang mengagumi semangat perjuangan Dr. Apatah lagi selepas kita pernah bersama bertempur bersama FRU semasa program BERSIH dari MAsjid Jame' ke Istana Negara.Saya yang jadi salah seorang pemegang banner tu.. =) memang kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila..Thanx a lot Dr..U really a real hero..