Sabtu, 2 Mei 2009

MP PAS Kuala Krai: Wang Rakyat diguna untuk bayar subsidi

18 Mac 2009 - Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh mengenai perkara yang sama. Kita ucapkan terima kasihlah kepada rakyat yang mana wang rakyat digunakan untuk membayar subsidi ini bukan wang Barisan Nasional.

Jadi kerajaan itu mengendalikan, tetapi tidak menjadi masalah. Soalan saya pada akhir-akhir tahun lepas, harga minyak petrol yang kita bayar di pam dikatakan adalah lebih tinggi daripada harga yang sepatutnya. Kalau kita bayar RM1.80 sen,
katakan bahawa harga sebenarnya RM1.36 sen. Jadi sebenarnya dikatakan kita sendiri telah memberikan subsidi pula kepada kerajaan kerana kita terpaksa membayar lebih. Jadi di mana keperluan RM772 juta kalau sebenarnya kita sudah membayar tambahan subsidi kepada kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini iaitu Maksud B.12 peruntukan untuk Kumpulan Wang Terkanun yang mana lebih daripada RM6 bilion yang diperuntukkan merupakan jumlah lebihan akaun hasil yang disatukan dan dipindahkan kepada
Kumpulan Wang Pembangunan dan dicaj sebagai perbelanjaan di bawah Maksud B.12.

Saya ingin penjelasan, apakah kerajaan dari segi hasil untuk dimasukkan ke dalam akaun wang disatukan ini hasil-hasil cukai ini diasingkan daripada cukai hasil yang haram dan hasil yang halal. Sebab kita tahu daripada sumber pendapatan Kerajaan Persekutuan, ada cukai-cukai daripada judi dan sebagainya. Jadi perkara ini tidak seharusnya dicampur aduk dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan kerana ini adalah penting untuk keberkatan, sebab wang ini akan digunakan untuk membayar perbelanjaan dan gaji kakitangan seluruh negara.

Sekiranya wang ini tidak jelas, sudah tentulah akibatnya sangat besar, lebih daripada 20 juta rakyat akan menerima kesan. Jadi sebagai sebuah negara Islam seharusnya perkara ini dititikberatkan. Saya ingin penjelasan dari pihak kerajaan sejauh mana diasingkan pendapatan daripada sumber judi ini diasingkan daripada sumber-sumber yang lain di bawah wang yang
disatukan. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya ingin menyentuh juga mengenai dengan P.10 iaitu Perbendaharaan, Butiran 12000 - Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. Jadi saya ingin penjelasan bagaimanakah status yang ada sekarang ini selepas kerajaan bercadang untuk menjualnya dan ditangguhkan.

Jadi sejauh mana kedudukan yang ada sekarang dan apa jaminan supaya perkara ini tidak diswastakan, minta penjelasan.

Difailkan dalam: ADR Kuala Krai, ADR Rantau Panjang

2 ulasan:

pasnational_unity berkata...

Salam Perjuangan.

"Memimpin Perpaduan"

PAS For All.

MoSE berkata...

Assalamualaikum...

Doc... dah lama jugak tak nampak kat Guchil, ade balik kuala krai ker... cam dah lama sgt tak nampak batang hidung... camner orang kampung ader sihat ko dok?.

Nampok muka Dr. dalm surat khabar nga blog jah ni.. tok reti nok balik K.Krai ko... beringat la sebelum lambat

K boh.. bereh....

Wassalam