Selasa, 4 Ogos 2009

Jangan Hasut Pergaduhan Kaum

Hari ni Utusan Malaysia menyiarkan tulisan oleh Noor Azam mengenai orang Melayu yang dikatanya bacul dalam berhadapan dengan orang bukan Melayu. Dia mengajak orang Melayu bangun untuk...untuk apa, ye? Takut saya nak meneka. Dia bermula dengan mengemukakan berbagai seruan kepada orang Melayu untuk bangkit mempertahankan maruah, yang ditulis dalam berbagai keluaran surat khabar itu sendiri sebelum ini, namun katanya orang Melayu tidak bangkit! Dia kesal kerana selepas jenuh menghasut, orang Melayu tetap tak makan hasutan. Begitulah analisi saya terhadap artikel itu.

Lihatlah betapa desperatenya orang-orang macam ni. Mula-mula dia sendiri yang bangkitkan isu-isu perkauman dalam akhbar dia, kemudian dia sendiri yang percaya apa yang dia sendiri tulis, lalu yakin dengan kebenarannya dan ajak orang lain ikut cakap dia. Bila orang Melayu yang waras tak ikut cakap dia, dia marah-marah dan kata kita bacul. Eh, ini cara hasutan ala Hitler ni? Dahlah tu, dia heret nama Sultan Perak, RM Perak, TM Kelantan dan segala nama termasuk Tun Dr M, utk kuatkan hujah perkaumannya. Agak-agaknya esok orang Melayu akan bangkit menghunus pedang tak? Tentu tidak! Bukan kerana takut, bukan bacul, bukan pelupa, tapi orang Melayu tetap waras, dan tahu menolak hasutan perkauman yang tidak menguntungkan sesiapa.

Ulam utamanya DAP, kerana agaknya DAP tidak macam MCA dan MIC, boleh ditutup mulut dan diugut utk terima je habuan mereka asal pemimpin Umno dan kroninya kaut kekayaan negara. Mereka tahu DAP tak boleh dirasuah utk kongsi kuasa dan duduk diam-diam, biarkan Umno bermaharajalela. MCA/MIC boleh le diperbodohkan, tapi lama kelamaan cara buruk Umno yang merugikan orang Melayu dan menyusahkan orang bukan Melayu terserlah juga akhirnya. Orang Melayu yang menentang Umno, seperti dari Pas, dipastikan hidup susah. Kakitangan kerajaan ditukar sesuka hati, nak mohon pinjaman kena sembah ketua bahagian Umno, nak dapat permit kena jadi ahli Umno. Kerajaan Negeri Pas dianiaya, royalti ditarik balik, buat sempadan pilihanraya utk susahkan Pas, dan macam-macam perbuatan khianat. Noor Azam ingat kami ni buta sejarah dan tak ada perasaan ke? Lalu pada Mac 2008 org Melayu dan bukan Melayu godam Umno dan sekutunya.

Bila dah mula hilang kuasa, mereka jadi panik. Kini pandai pula bercakap atas nama perpaduan Islam. Jangan nak mengarut. Terimalah realiti bahawa generasi hari nak hidup bersama dengan semua kaum. Ini tanahair kita bersama. Kita hapuskan ketidak-adilan, rasuah dan salah guna kuasa oleh Umno dan sekutu BN. Ini masa perubahan. Yang dah lama hidup dengan harta haram melalui rasuah dan menipu rakyat tu, sedar-sedar lah diri. Bagi laluan kepada cara hidup yang lebih bersih yang cuba kita perjuangkan. Jangan sekali hasut pergaduhan kaum. Tak ada siapa yang untung. Jangan takutkan orang Melayu kononnya kerusi Melayu berkurangan. Ramai orang Melayu kat Parlimen tu, yang sebahagian dalam Umno. Buat apa duduk lagi sebelah situ kalau dirasakan tak mampu lagi menjaga orang Melayu? Ayuh, mari ramai-ramai menyeberang ke sebelah kami, dan sama-sama membina Malaysia baru yang hangpa heboh2kan tu.

Kita tidak akan izinkan orang seperti desperado Noor Azam ni memulakan pertumpahan darah yang akan melenyapkan keindahan bernegara yang sedang kita bina ini. Bukan orang Melayu yang bacul, Umno tu lah yang bacul. Saya tidak akan meminta kerajaan BN bertindak ke atas Ahmad Azam, kerana dia tulah BN.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Excellent article!

Saya yakin orang melayu tidak lagi mudah dipermainkan oleh media Umno.

Tanpa Nama berkata...

Kadang kala ada saudara kita berjalan dalam tidur, kalau kita yang celik dansedar tak kejutannya sapa lagi? Di dunia masing-masing boleh tunjuk mana-mana orang, tapi di kampung akhirat nak tunjuk sapa pulak? Bantulah mereka sebelum Tuhan memanggil kita semua...