Khamis, 3 Februari 2011

Khidmat Masyarakat Di Dun Tenang


Program khidmat ahli-ahli parlimen PAS di kg Tenang, PRK Tenang.






Sedang membaiki rumah seorang pengundi

Ahad, 28 November 2010

Prog Korban Perdana Parlimen Kuala Krai

19.Nov.2010. Masjid Perial, Dun Manek Urai. Kuala Krai. Program Korban Perdana anjuran Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli telah berjaya dilaksanakan di perkarangan Masjid Perial didalam Dun Manek Urai (Parlimen Kuala Krai).

Turut serta dalam program tersebut ialah YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman (YB DUN Mengkebang merangkap YDP Pas Kawasan Kuala Krai), YB Hj Fauzi Abdullah (YB DUN Manek Urai), AJK2 Pas Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, perlantikan Politik dan Penghulu2 Mukim dari Dun Mengkebang, Guchill, Manek Urai dan Dabong, turut serta ialah anak2 khairah Masjid Perial yang turun bergotong royong dalam menyediakan majlis kenduri korban.


Sebanyak 12 ekor lembu telah disumbang oleh kalangan dermawan di Kuala Lumpur dan 4 daripadanya adalah dari keluarga Dr Hatta Ramli sendiri. Lembu2 tersebut telah diagihkan kepada tiap2 DUN sebanyak 2 ekor, 1 ekor kpd Dewan Pemuda, 1 ekor kpd Dewan Muslimat dan 2 ekor dijadikan majlis kenduri korban perdana. YB Ust Abdul Latif Abd Rahman selaku YDP Pas Kawasan mengucap ribuan terima kasih kepada Pusat khidmat Parlimen Kuala Krai dan pihak urusetia kerana berjaya melaksanakan program korban perdana didalam Parlimen Kuala Krai dengan jayanya.

Rabu, 10 November 2010

PRK Dun Galas





kegigihan seorang pejuang. Dr hatta ramli melawat barung2 merayu undi Pas...





Gambar pendaratan helikopter yang membawa peti undi di Post Orang asli...




sesuatu dibincangkan dgn YB Rohani,





muslimat perayu undi berehat setelah penat merayu undi..





kelihatan muslimin mencari tempat berteduh dari panas setelah penat merayu undi...

Khamis, 4 November 2010

Selasa, 12 Oktober 2010

Prog Hari Raya Muhibbah

1.10.2010. Program Hari raya Muhibbah sempena hari raya eidul fitri diadakan untuk masyarakat India dan Cina oleh Ahli Parlimen Kuala Krai.




Jamuan hi tea diadakan di Tokong Hijau dibandar Kuala Krai, tetamu jemputan seramai 300 orang turut hadir walaupun hujan lebat ketika itu, persembahan tarian naga, gendang India dan dikir barat turut diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.


Isnin, 27 September 2010