Jika apa yang berlaku dalam Parlimen boleh dibuat ukuran, maka kita boleh mengandaikan bahawa akan berlaku perubahan besar dalam Perdebatan di Dewan rakyat sehari dua ini semacam akan mengubah lanskap politik Negeri di Bawah Bayu. Baik wakil Kimanis, Putatan atau Kalabakan, dan wakil2 Sabah lain yang mencelah, gambaran yang diberikan ialah Sabah tidak mendapat layanan setaraf dengan negeri di sebelah semenanjung. Bagi kita yang baru menjejakkan kaki di Parlimen, pendedahan sebegini memeranjatkan. Propaganda BN telah meyakinkan negara selama ini bahawa agihan pembangunan adalah samarata. Rupanya indah khabar dari rupa.
Kita pun musykil bagaimana rakyat Sabah boleh menahan perasaan selama ini. Atau mungkinkah pemimpin mereka ditutup mulut oleh suatu kuasa lain atau mereka sendiri berpuas hati. Apapun amat melegakan apabila pemimpin ini mula sedar.
Di luar Dewan, ketika Wakil Kalabakan sedang berucap, seorang rakan seperjuangan beliau yang saya pasti adalah Dari Semenanjung, membuat komen bahawa kalau pengucap dilantik sebagai Menteri senyaplah dia. Inilah penyelesaian simplistik BN yang berciri rasuah bila berhadapan dengan masalah seumpama ini. Segala permasalahan rakyat diremehkan dan boleh ditutup dengan janji manis. Mungkin penyelesaian ini boleh laku dulunya tapi dengan kesedaran politik yang tinggi sekarang mereka semakin objektif dalam tindakan. Maka kini kedengaran hasrat 'pindah rumah', 'rumah baru', 'tsunami Sabah' dan lain sebutan yang bukan berbentuk gurauan.
Kita yakin keluhan orang Sabah ini benar dan berasas. Apa yang masih kita risau ialah harapan yang tinggi kepada BN yang terus diberikan oleh wakil Sabah. Mungkin ini cara ketimuran yang menjadi amalan orang kita. Malangnya pemimpin tertinggi tidak sensitif lalu mengambil remeh rungutan berlapik ini. Saya mencadangkan pemimpin-pemimpin Sabah berbuat sesuatu yang berani dan konkrit: menuntut hak melalui Pakatan Rakyat. Pakatan bercita-cita memberi keadilan kepada semua tanpa membeza agama, kaum atau anutan politik, lebih-lebih lagi perbedaan geografi. Fikirkanlah dan kami sedia menunggu.
Selasa, 13 Mei 2008
Isnin, 5 Mei 2008
Hari Kedua Perbahasan di Parlimen
Peluang untuk Kuala Krai mengemukakan soalan lisan pada hari Rabu lalu tidak kesampaian walaupun disenaraikan pada kedudukan no. 7 berikutan masa yang dihabiskan untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan Peraturan Mesyuarat. Soalannya berbunyi "Meminta Menteri Kesihatan menyatakan samada Pakar Kesihatan Awam diiktiraf setaraf dengan pakar klinikal dari segi pembayaran elaun pakar". Jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri "Pegawai Kesihatan Awam sememangnya diiktiraf dan diwartakan sebagai pakar oleh Kerajaan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2003 telah menetapkan Bayaran Insentif bagi Pegawai Kesihatan Awam adalah pada kadar 80 peratus daripada elaun Pakar Klinikal."
Isu ini akan di komen lebih lanjut dalam ucapan Kuala Krai semasa membahas titah SPB YDP Agong.
Isu ini akan di komen lebih lanjut dalam ucapan Kuala Krai semasa membahas titah SPB YDP Agong.
Langgan:
Catatan (Atom)