Isnin, 5 Mei 2008

Hari Kedua Perbahasan di Parlimen

Peluang untuk Kuala Krai mengemukakan soalan lisan pada hari Rabu lalu tidak kesampaian walaupun disenaraikan pada kedudukan no. 7 berikutan masa yang dihabiskan untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan Peraturan Mesyuarat. Soalannya berbunyi "Meminta Menteri Kesihatan menyatakan samada Pakar Kesihatan Awam diiktiraf setaraf dengan pakar klinikal dari segi pembayaran elaun pakar". Jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri "Pegawai Kesihatan Awam sememangnya diiktiraf dan diwartakan sebagai pakar oleh Kerajaan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2003 telah menetapkan Bayaran Insentif bagi Pegawai Kesihatan Awam adalah pada kadar 80 peratus daripada elaun Pakar Klinikal."

Isu ini akan di komen lebih lanjut dalam ucapan Kuala Krai semasa membahas titah SPB YDP Agong.

4 ulasan:

Hakimala berkata...

Dr semoga suara kuala krai bergema di parlimen memperjuangkan nasib rakyat

bakaq a.k.a ~penarik beca berkata...

Assalamu'alaikum wr wb

Harap layari Parliament News.

Juga, ada latest updates dari blog MP dan Adun PAS yg saya jumpa dia punya feed dan boleh dibaca oleh Google Reader dalam blog saya (di sidebar paling kanan bawah iklan). Yg saya tak jumpa dia punya feed yg boleh dibaca oleh Google Reader, tak upaya la...

Tapi tak payah pautkan (link) blog saya di blog anda sebab blog saya blog beracun.

Blog saya yg mungkin tidak beracun (mungkin) ialah Malaysiakita yg mengandungi updates terkini dari blog-blog lain.

Wassalam.

Dr. Hatta Ramli berkata...

Sdr hakimala
Saya akan terus bersuara dengan suara perjuangan, Insya Allah.

Sdr penarikbeca, terimakasih atas makluman.

Pemuda Muadzam berkata...

assalamualaikum dr..

cuba bawa isu remaja kita yg terlampau byk gejala sosial blaku skrg..hiburan yg melampau,artis2 dan media yg x peduli antara sebab2nya...dr bila nak mai rompin lg..?