Seolah-olah satu pertandingan tenis yang bolanya melantun dari satu sudut gelanggang ke sudut yang lain, nampaknya pukulan kes berprofil tinggi yang melibatkan dua individu politik semakin menjadi-jadi. Namun, penyiasatan oleh pihak polis nampaknya seolah langkahan siput (snail-paced) apabila melibatkan pemimpin BN.
Rakyat berhak mengetahui, kerana dua kes tersebut mensabitkan pemimpin yang berbetulan sedang mengatur langkah menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini. Mana boleh rakyat berPMkan seorang yang terlibat dengan jenayah, apatah lagi jenayah kejam?
Dalam pada polis menyiasat segera lapuran polis Saiful Bukhari kerana yang dituduh adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dari pakatan pembangkang, polis juga wajar mempercepatkan kedua-dua Pengakuan Bersumpah RPK dan Bala yang mengimplikasikan Dato' Seri Najib Razak dan isteri mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, walaupun Najib adalah Timbalan PM.
Jika polis terhegeh-hegeh dengan SD kes Altantuya, Parlimen harus dibenarkan membahaskan usul berkaitan. Di situlah rakyat masih boleh menaruh harapan.
Kebenaran mesti terserlah, segera! (The truth must prevail, fast!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan