(updated version)
Ini surat permohonan 190 penduduk Bandar Kinrara 5 kepada YB Satim Diman yang dikaitkan dengan rakan saya YB Teresa Kok sehingga Teresa ditahan di bawah ISA tak semena-mena.
Dalam pada UMNO seperti lembu baru kena sembelih, pemimpinnya menggunakan instrumen kerajaan yang zalim untuk 'menendang' musuhnya. Ianya dilihat satu antara beberapa usaha desperado yang PM dan Menteri KDN gunapakai sebelum tersungkur.
Kita sekarang melihat warna sebenar Abdullah dan pentadbirannya. Tidak ada bezanya dengan rejim dahulu.
Rakyat mesti segera menolak kebobrokan sebegini. Harakah melapurkan satu himpunan aman akan berlangsung di Kelana Jaya 15 sep malam bagi merayakan Hari Malaysia. Datanglah beramai-ramai.
(via mobile)
(via mobile)
2 ulasan:
assalamualaikum dr, terlalu lama menunggu posting dr terhadap pelbagai isu yang berlaku, harap dr dapat meluangkan sedikit masa, agar lebih kerap utk melontar sekelumit pandangan sebagai antara pimpinan kanan pas yang dilihat antara peneguh kekuatan pakatan. Harap dengan kelebihan mobile yg dimiliki posting boleh dibuat di mana jua. Teruskan perjuangan Dr kami sentiasa bersamamu. - Pengikut Setia.
terima kasih.insyaAllah sy akn cuba untuk memberi pandangan2 sy melalui blog ini.Semoga istiqamah dalam perjuangan
Takbir!
Catat Ulasan