18 Mac 2009 - Sesi soalan jawab lisan
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Jadi sekali lagi terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau di Korea, Korea Selatan mengadakan latihan bersama dengan Amerika Syarikat kerana Korea Selatan memerlukan Amerika Syarikat untuk melindunginya daripada musuhnya di Korea Utara dan Amerika Selatan mempunyai base di Korea Selatan.
Bagi kita, apa munasabahnya kita mengadakan latihan dengan Amerika Syarikat yang tidak ada naungan. Kita tidak bernaung dengan Amerika Syarikat dan tidakkah ini menimbulkan kegusaran rakan-rakan, jiran-jiran dan juga rakan se Asia seperti Negara China apabila kita mengadakan latihan tersebut.
Apa pula munasabahnya kita mengadakan latihan dengan Pakistan. Kita bukan bersempadan dengan Pakistan dan kita bukan dalam satu region. Jadi kalau sekadar jiran…
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Dengan Iran pula. Jadi soalannya, apa munasabahnya latihan bersama ini dengan negara-negara yang saya sebutkan melainkan kalau ada niat contohnya untuk mendapatkan model-model terbaru senjata daripada Amerika Syarikat yang baik untuk Malaysia. Adakah itu antara tujuannya? Terima kasih dan tahniah Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tujuan kita mengadakan latihan bersama, seperti mana yang telah saya nyatakan tadi bahawa di antaranya kita hendak mengujudkan landasan diplomasi di antara satu negara dengan satu negara yang lain.
Begitu juga dengan adanya latihan-latihan ini, ia membuka ruang dalam pasukan ATM kita. Anggotanya ada mempunyai aspek dalam confident building di antara anggota–anggota kita ini. Jadi pendedahan itu sangat baik sekalilah.
Umpamanya latihan yang kita ada di antara anggota Tentera Udara Amerika Syarikat dengan Tentera Udara Malaysia di mana di sini kita ada menumpukan kepada penglibatan pelaksanaan taktikal dan juga melibatkan perancangan misi operasi.
Jadi dalam kita melaksanakan latihan ini, maka kita dapat pengajaran daripada apa yang kita lihat yang dilakukan oleh anggota-anggota juruterbang Amerika. Jadi ini satu pendedahan yang baik kepada kita. Inilah yang dikatakan kita tidak boleh menafikan bahawa ada manfaatnya berkaitan dengan latihan-latihan ini.
Difailkan dalam: ADR Kuala Krai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan