Rabu, 1 September 2010

SAYA DAN RAKYAT KUALA KRAI


Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan Maaf Zahir Batin khas untuk pengundi2 dan penyokong2 saya dalam Parlimen Kuala Krai maupun dil perantauan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Kuala Krai yang sudi menerima saya sebagai sebahagian dari keluarga besar mereka Kuala Krai.

Yang seronoknya saya telah diapit dan dipimpin oleh Abe, adik kakak dari Mengkebang di bawah kepimpinan YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman (ADUN Mengkebang), Abe, adik kakak dari Guchill di bawah kepimpinan Ust Dzulkifli Yaakub dan YB Tuan Zambry (ADUN Guchill), Abe, adik kakak dari Manek Urai dibawah kepimpinan YB Hj Fauzi Abdullah (ADUN Manek Urai) dan Abe, adik kakak dari Dabong di bawah kepimpinan YB Arifabillah (ADUN Dabong). Tidak lupa juga kepada Para Penghulu2, lantikan2 politik dalam Parlimen Kuala Krai dan semua kakitangan dari semua Jabatan dan ajensi Kerajaan dalam Parlimen Kuala Krai dan tidak lupa pada sahabat2 saya dari kalangan ahli2 UMNO.

Dari Mac 2008 hingga kini Sept 2010 (2 tahun 6 bulan) saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Krai, apa yang mengkagumkan saya ialah keakraban tali silaturrahim di antara saudara2 semua dalam menghayati kehidupan seharian dalam Parlimen Kuala Krai yang saya wakili. Dalam menjalani kehidupan sebagai majoriti orang Melayu, saudara2 telah memberi tunjuk ajar kepada saya bahawa Agama Islam merupakan tonggak terpenting dalam Institusi Kekeluargaan dan ini merupakan kejayaan yang dibawa oleh Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan Darul Naim dengan temanya “Membangun Bersama Islam”. Tidak kira tua ataupun muda semangat mempertahankan agama dan bangsa amatlah tinggi di kalangan saudara2 rakyat Kuala Krai. Saya amat tersentuh dengan kemuliaan saudara apabila setiap kali saya berada di Kuala Krai, saudara tidak pernah lupa menjemput saya ke program2 tahlil, program2 ziarah dan program2 berbentuk kemasyarakatan. Salam persaudaraan dari saudara tidak putus2 saya terima melalui panggilan telepon, SMS maupun dalam laman Facebook. Ini adalah satu sifat persaudaraan yang amat tinggi yang saya perolehi dan pelajari dari saudara2 yang mulia didalam Parlimen Kuala Krai.

Walaupun saya dan saudara2 menjadi rakyat Kuala Krai yang dikira bertaraf luar bandar, dalam menangani Isu2 semasa politik Negara dan luar Negara, saya dapati bahawa saudara yang saya kasihi dan wakili ini tidak pernah tertinggal dalam segala bentuk maklumat. Ini adalah kerana berpolitik (bersiasah) adalah sebahagian daripada tuntutan agama, dan memang benar kata2 orang luar Kelantan jika hendak belajar berpolitik “You are welcome to visit Kelantan”.

Saudara2 Rakyat Kuala Krai sangat berhemah dalam memberi teguran dan tunjuk ajar kepada saya dalam memikul tanggungjawab sebagai wakil Parlimen Kuala Krai. Kekhuatiran saya samada saya mampu melaksanakan tugas di Dewan Rakyat terasa terubat apabila ada sahabat2 yang senantiasa menghubungi saya, menyatakan kepuasan mereka melihat saya berdebat tentang hal2 pembangunan yang perlu ada dalam Parlimen Kuala Krai, atau atas isu-isu lain untuk kepentingan bersama. Komunikasi berterusan ini telah menambahkan semangat juang dan keyakinan diri, bahawa saya tidak berkeseorangan dalam memperjuangkan keadilan untuk semua. Rupa2nya di belakang saya, terdapat ribuan rakyat dari Kuala Krai menjadi benteng sokongan yang kukuh untuk saya dalam menuntut hak dan keadilan (Allahuakhbar).

InsyaAllah dengan izin nya, selagi saya diperlukan, saya akan terus berkhidmat dengan sebaik mungkin khusus untuk Rakyat Kuala Krai dalam menuntut hak dan keadilan, dan amnya Rakyat Kelantan dan Malaysia.

Sempena hari baik bulan baik ini saya memohon jutaan kemaafan sekiranya saya telah membuat sebarang kesalahan. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang salah itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya bersama seisi keluarga sentiasa berdoa pada Allah agar Rakyat Kuala Krai dilimpahi Rahmat dan Rahimnya dan berharap saudara2 dapat menjaga keselamatan diri dalam menghadapi Eidul Fitri yang mulia ini.

Khas untuk anak2 Kelantan di perantauan, berhati2lah ketika memandu semasa perjalanan pulang ke kampung dan sentiasa ingat bahawa orang2 tersayang sedang menanti kepulangan anda semua dengan selamat.

Wassalam

Tiada ulasan: