Selasa, 17 Mac 2009

MP PAS Kuala Krai: Langkah-langkah segera perlu diambil mengatasi masalah jalanraya rosak selepas banjir


5 Mac 2009 - Sesi soalan jawab lisan
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin dapat penjelasan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah jalan raya sebab pada Januari yang lalu, di Kelantan berlaku banjir untuk beberapa hari yang menyebabkan beberapa batang jalan raya rosak.

Saya ingin tahu response time kepada pembaikan semula dan tindakan untuk menjamin keselamatan ini, berapa masa yang diambil daripada insiden sampai kepada permulaan pembaikan kerana ada jalan di Kuala Krai yang sangat-sangat berbahaya dengan cerun di sebelah kiri dan pengadang jalan sudah runtuh dibawa oleh air banjir, keruntuhan cerun itu.

Hari ini masih belum dimulakan apa-apa bentuk rawatan kepada kerosakan tersebut. Jadi, bagaimana Standard Operating Procedure untuk menangani masalah-masalah sebegini. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, kalau kerosakan yang berlaku kerana banjir, pembaikannya akan dibuat dengan cara segera seperti mana kita buat di jalan raya yang mendap di Tatau, Bintulu dengan cara segera.

Bagi Yang Berhormat Kuala Krai, dalam rancangan kita, kita telah pun mengenal pasti 225 tempat atau lokasi yang berbahaya yang memerlukan peruntukan RM150 juta. Di dalam ini juga kita ada empat lokasi di Kuala Krai dalam lokasi-lokasi yang akan dibaiki.

Soalan asal No. 7 - Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah jalan raya seperti Laporan Pantomim Keselamatan Jalan Raya tentang banyak lokasi jalan raya yang tidak selamat.

Tiada ulasan: