Selasa, 17 Mac 2009

MP PAS Kuala Krai: Lanun sms … menyedut wang melalui airtime


4 Mac 2009 - Sesi soalan jawab lisan
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tenom dan juga soalan tambahan beliau tadi bukan sangat risau akan SMS spam ataupun SMS yang berlambak-lambak sehingga memenuhkan peti kita.

Akan tetapi yang lebih dirisaukan ialah lanun SMS. Di mana SMS ini apabila turut akan mengambil sebahagian daripada kredit dalam akaun-akaun kita. Saya pun tidak pasti sama ada perkara ini boleh berlaku ataupun tidak. Akan tetapi kalau ia merupakan satu perkara yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak untuk menyedut wang kita melalui pengambilan airtime ini. Ini satu jenayah yang perlu disekat.

Jadi soalan saya, apakah andaian Yang Berhormat Tenom itu suatu perkara yang boleh berlaku dan kalau tengah berlaku apa tindakan oleh kerajaan? Terima kasih.

Dato’ Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Kalau pencurian airtime yang dikatakan Yang Berhormat Tenom dan begitu yang dikatakan Yang Berhormat Kuala Krai. Airtime sebenarnya payah sangat hendak mencuri airtime seseorang pelanggan oleh seseorang pelanggan yang lain.

Jika terdapat dan ada bukti iaitu seorang pelanggan mendapati bahawa airtime beliau ada kemungkinan dicuri oleh pelanggan lain, beliau boleh menghubungi dan saya percaya SKMM akan mencari jalan bagaimana ia dapat dilakukan.

Saya percaya setakat ini tidak ramai yang boleh menjadi lanun airtime ini oleh kerana ia sangat teknikal. Sekiranya ada aduan, aduan ini boleh ditujukan kepada, saya boleh sebutkan laman web SKMM di sini iaitu aduan@skmm.gov.my. Ini boleh kita sama-sama cuba membendung sekiranya ada berlakunya kecurian airtime. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi,
sekiranya terdapat pemberi atau pun syarikat telekomunikasi ada terlibat dalam perkara ini, mereka boleh didenda dan ada kemungkinan juga pergantungan perkhidmatan port ringkas mereka boleh diambil oleh SKMM.

Soalan asal No. 5 - Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sejauh manakah Kerajaan dapat membendung masalah lanun SMS yang semakin berleluasa termasuklah SMS berantai yang sering dihantar terutama bagi pengguna-pengguna Celcom.

Tiada ulasan: