12 Mac 2009 - Perbahasan Usul (Mencelah Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 dalam Jawatankuasa Bagi Kepala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Boleh mohon penjelasan sikit? Kuala Krai, depan. Terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak berpatah balik sikit mengenai pemulihan kelapa ini.
Salah satu perkara baru dalam industri kelapa ini ialah pengeluaran virgin coconut oil yang dikatakan merupakan minyak kelapa dara yang tinggi nilainya dan banyak nilai-nilai kesihatannya dan menjadi satu industri baru di dalam industri kelapa ini.
Apakah tidak ada sedikit peruntukan untuk membuat satu program galakan supaya industri ini dipertingkatkan supaya nilai yang diperolehi daripada industri ini lebih tinggi daripada hanya menjual santan ataupun perkara-perkara lain yang biasa kita dengar. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah peruntukan untuk kita memastikan bahawa kita ada cukup jumlah kelapa kita bermula sebab virgin coconut oil dan macam-macam di sini sebenarnya keperluan kelapa Yang Berhormat untuk kita mengeluarkan santan segar kita memerlukan 54,000 metrik tan. Untuk virgin coconut oil kita memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 metrik tan dan untuk lain-lain produk 1,000.
Jadi bermakna langkah pertama adalah kita pastikan pengeluaran kuantiti yang mencukupi. Yang Berhormat, memang VCO ini memberi nilai yang begitu tinggi kepada kesihatan dan juga sebenarnya pendapatan yang nilai tambahan yang begitu tinggi.
Memang Yang Berhormat. Akan tetapi kadang-kadang kelapa yang kita ada itu tidak kesampaian ke situ. Kadang-kadang untuk makan, untuk keperluan saya katakan tadi masa perayaan kita terpaksa mengimport setengah juta biji hari raya yang lepas. Itu satu.
Jadi Yang Berhormat itu adalah satunya. Jadi dengan kita membuat penggalakan seperti ini kita mendapat satu kuantiti yang boleh kita membuat bermacam-macam. Sebenarnya kalau kita hendak eksport Yang Berhormat, kita perlu serbuk santan kering, santan kelapa, serbuk kelapa parut, serbuk kelapa parut rendah lemak, ada macam-macam, VCO dan juga kelapa segar. Memang ada pasaran tetapi langkah pertama kita harus tentukan ada kuantiti yang begitu banyak.
Berbalik kepada tanah terbiar iaitu kita memerlukan RM15,040,200 untuk kita membiayai program kawasan pembangunan pertanian dan sebenarnya adalah untuk memajukan tanah terbiar di pelbagai negeri.
Secara keseluruhannya projek pembangunan pertanian bagi tahun ini dijangka akan memberi faedah kepada 493 orang peserta dengan keluasan dibangunkan seluas 750 hektar dan nilai pengeluaran kita jangkakan dalam RM3,285,191. Jadi ini adalah satu unjuran.
Difailkan dalam: ADR Kuala Krai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan