16 Mac 2009 - Sesi soalan jawab lisan
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pelupusan plastik melalui pembakaran ini saya rasa yang paling mudah bagi orang kampung. Kita dimaklumkan plastik ini kalau ditanam, dia tidak akan mereput dalam masa yang begitu lama sampai boleh beribu tahun.
Jadi tidak salah ataupun tidak dapat kita salahkan rakyat kalau mengambil jalan mudah ini. Akan tetapi kesannya tadi memang telah terbukti dari sudut kajian ilmiahnya bahawa dioxin ini terhasil daripada pembakaran plastik. Di sesetengah negara barat dan negara maju, plastik ini sudah dikeluarkan daripada kegunaan awam dan digunakan bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula seperti kertas dan sebagainya.
Jadi, apakah kerajaan bersedia untuk memulakan inisiatif supaya dalam masa yang terdekat ini, semua bahan plastik dan keluarkan plastik ini dapat kita hapuskan daripada penggunaan dan kita beralih kepada yang lebih sihat untuk rakyat kita. Terima kasih.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai. Kita perlu kurangkan penggunaan plastik dan memang kerajaan bersedia untuk memastikan kempen pengurangan plastik ini dijalankan dan bagi membuat pembungkusan makanan ataupun mangkuk makanan ini, kita juga galakan orang membawa bekas-bekas sendiri yang tidak menggunakan plastik kerana ini dapat mengurangkan pembuangan plastik yang berlebihan menyebabkan pencemaran udara yang serius. Terima kasih.
Soalan asal No. 7 - Dato’ Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan plastik adalah satu bahan yang amat berbahaya kepada kesihatan jika dibakar atau digunakan untuk bungkusan makanan panas. Minta penjelasan apakah strategi Kementerian untuk memberi penerangan dan mendidik rakyat kerana bahan dioxin yang dihasilkan sudah terbukti antara penyebab kepada penyakit kanser.
Difailkan dalam: ADR Kuala Krai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan