Isnin, 8 Mac 2010

GST Perlu Di Gagalkan Sebelum Terlambat

Assalamualaikum wrt.

Saya tidak bercadang untuk memaparkan hujah-hujah mengapa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini akan kita tentang habis-habisan. Ini kerana beberapa siri penerbitan, wacana dan ceramah berkenaannya telah diadakan oleh berbagai pihak bagi menjelaskan kesan dan beban ekonomi yang bakal ditanggung oleh rakyat. Saya cuma ingin mengiklankan tentang satu himpunan anjuran PROTES pada 15 hb Mac in (Isnin) bermula jam 9 pagi di hadapan bangunan Parlimen.

PROTES adalah gabungan beberapa parti politik, NGO, Kesatuan Sekerja serta individu prihatin bagi memprotes kenaikan harga barang. Sejak dibentuk pada 2006 ketika membantah kenaikan harga minyak, PROTES telah beberapa kali menganjurkan bantahan kenaikan harga barang. Kali terakhir PROTES mengadakan bantahan ialah di Stadium Kelana Jaya pada Jun 2008 yang menimbulkan sedikit kontroversi. Samada siri-siri bantahan yang dianjurkan sebelum ini berjaya atau tidak terpulanglah kepada rakyat untuk menilai.

Berbalik kepada himpunan aman 15 Mac ini, ia diadakan bertepatan dengan permulaan Sidang Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke12 yang mana perasmiannya akan disempurnakan oleh SPB Yang DiPertuan Agung. Rakyat akan berhimpunan sepanjang laluan ke Parlimen bagi menyedarkan pemimpin tertinggi negara dan ahli-ahli Parlimen akan bantahan rakyat terhadap cadangan mengenakan cukai yang akan membebankan rakyat teramai dan yang berpendapatan rendah.

Tidak ada memorandum yang akan disampaikan kepada mana-mana pihak. Ini kerana ADR PR akan membahaskan isu ini panjang dan luas dalam sidang kali ini. Himpunan akan bersurai setelah semua ADR dan SPB YDPA melintasi himounan dan masuk ke Parlimen.

Saudara boleh ke http://protes2010.blogspot.com bagi maklumat lanjut.

Saudara-saudari dijemput menghadiri himpunan tersebut. Terima kasih. Wassalam.

Tiada ulasan: