Hampir 6 bulan saya tidak mengemaskini blog ini. Malam tadi semasa berceramah di Puchong saya ditegur oleh seorang aktivis parti kerana membiarkan laman web terbengkalai sedemikian. Setelah mendengar hujah beliau saya berjanji kepada beliau untuk mula kembali menulis, bermula malam esoknya (malam ini le).
Saya memulakan dengan mengingatkan diri sendiri bahawa menjelang 8 Mac ini genap dua tahun saya dipilih oleh pengundi Kuala Krai sebagai wakil rakyat mereka. Kesudian mereka mengundi seseorang yang asing bagi mereka ketika itu menggambarkan betapa terbukanya pemikiran mereka. Manakala kesetiaan mereka yang menyokong Pas memastikan Parti mereka menang tanpa berbalah tentang calon juga merupakan sifat berorganisasi yang tinggi.
Dalam tempoh dua tahun itu saya telah cuba menyempurnakan tugas sbg ADR, samada di Dewan atau di kawasan yang saya wakili. Dengan bantuan rakan-rakan ADUN yg begitu rapat dengan akar umbi parti dan rakyat kita dapat menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat dan menjadi penghubung mereka dengan pihak berkuasa. Walaupun tidak dapat merungkaikan semua masalah mereka sekurang-kurangnya kami dapat bersama mereka ketika gembira dan duka, susah dan senang. Jika ada peruntukan dari mana-mana pihak kami kongsikan sesaksama mungkin.
Azam saya untuk kehadapan ini adalah mengeratkan lagi silaturrahim dengan rakyat dan membawa suara mereka ke pendengaran pihak berwajib, samada di Dewan yang mulia, pimpinan kerajaan negeri atau ke pihak berkuasa tempatan. Saya ucapkan terima kasih atas teguran dan kritikan membina yang saya terima sepajang 2 tahun berlalu. Kekurangan ini akan diperbaiki, insyaAllah. Dan bagi rakan-rakan dari luar Kuala Krai yang membantu saya dalam berbagai bentuk, hanya Allah saja yang dapat membalas.
Dr Hatta Ramli
Rabu, 3 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Dr. dah siap nak berdebat kat Parlimen akn datang ni?
Don't forget our defense is in shambles bak kata American SNAFU-situation normal all fuck up. Injin hilang, kapal selam tak bolih menyelam dan beli jet tanpa injin hanya beli kerangka sahaja-kan ke tak masuk akal?
Macam macam ada la YB!!!
Salam.
saya berharap PR dapat bersatu hati dlm dewan rakyat akan datang,andalah harapan kami,kami akan berjuang habishabisan untuk masa depan negara PRU13,yang berlaku ada hikmahnya,jgn khianati kepercayaaan rakyat
Kita teruskan perjuangan.
Membujur lalu melintang patah.
Lompat lah berapa ramai nak lompat but my vote for PAKATAN.
assalamulaikum...saya merupakan pengundi kuala krai....munkin saya tak pernah rasa "didekati" oleh YB dr..sebab saya tak tinggal di kelantan..cuma satu pinta saya..kalau salah saluran harap maaf...sbg anak peneroka tanah rancangan dichuchuh puteri saya merasa risau melihat geran tanah tersebut bukan geran hak milik kekal..macam manakah caranya untuk mendapat hak milik kekal tersebut.manalah tahu suatu hari nanti tanah yg diusahaka dengan penat lelah akan terlepas begitu sahaja hanya kerana status geran tersebut...harap ada respon dari YB dr.
Catat Ulasan