Ahad, 28 November 2010

Prog Korban Perdana Parlimen Kuala Krai

19.Nov.2010. Masjid Perial, Dun Manek Urai. Kuala Krai. Program Korban Perdana anjuran Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli telah berjaya dilaksanakan di perkarangan Masjid Perial didalam Dun Manek Urai (Parlimen Kuala Krai).

Turut serta dalam program tersebut ialah YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman (YB DUN Mengkebang merangkap YDP Pas Kawasan Kuala Krai), YB Hj Fauzi Abdullah (YB DUN Manek Urai), AJK2 Pas Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, perlantikan Politik dan Penghulu2 Mukim dari Dun Mengkebang, Guchill, Manek Urai dan Dabong, turut serta ialah anak2 khairah Masjid Perial yang turun bergotong royong dalam menyediakan majlis kenduri korban.


Sebanyak 12 ekor lembu telah disumbang oleh kalangan dermawan di Kuala Lumpur dan 4 daripadanya adalah dari keluarga Dr Hatta Ramli sendiri. Lembu2 tersebut telah diagihkan kepada tiap2 DUN sebanyak 2 ekor, 1 ekor kpd Dewan Pemuda, 1 ekor kpd Dewan Muslimat dan 2 ekor dijadikan majlis kenduri korban perdana. YB Ust Abdul Latif Abd Rahman selaku YDP Pas Kawasan mengucap ribuan terima kasih kepada Pusat khidmat Parlimen Kuala Krai dan pihak urusetia kerana berjaya melaksanakan program korban perdana didalam Parlimen Kuala Krai dengan jayanya.

Rabu, 10 November 2010

PRK Dun Galas





kegigihan seorang pejuang. Dr hatta ramli melawat barung2 merayu undi Pas...





Gambar pendaratan helikopter yang membawa peti undi di Post Orang asli...




sesuatu dibincangkan dgn YB Rohani,





muslimat perayu undi berehat setelah penat merayu undi..





kelihatan muslimin mencari tempat berteduh dari panas setelah penat merayu undi...

Khamis, 4 November 2010

Selasa, 12 Oktober 2010

Prog Hari Raya Muhibbah

1.10.2010. Program Hari raya Muhibbah sempena hari raya eidul fitri diadakan untuk masyarakat India dan Cina oleh Ahli Parlimen Kuala Krai.




Jamuan hi tea diadakan di Tokong Hijau dibandar Kuala Krai, tetamu jemputan seramai 300 orang turut hadir walaupun hujan lebat ketika itu, persembahan tarian naga, gendang India dan dikir barat turut diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.


Isnin, 27 September 2010

Isnin, 6 September 2010

Prog sumb di Dun Guchil

4.9.2010. Majlis penyampaian hari raya untuk 100 orang di Masjid Johar Dun Guchill

Para tetamu dan jemputan yang hadir...



Antara yang menerima sumbangan...




Prog sumbangan di Dabong

3.9.2010 Majlis penyampaian sumbangan hari raya anjuran Parlimen utk 100 org dari Dun Dabong yg disampaikan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, turut bersama ialah YB Ariffadillah ADUN Dabong.


Majlis berbuka puasa di Masjid Dabong turut serta adalah pengerusi Masjid tsbt

Rabu, 1 September 2010

Program sumbangan Hari Raya Peringkat Parlimen Kuala Krai


27.8.2010. Markas Dun Manek Urai. Program sumbangan Hari Raya Peringkat Parlimen Kuala Krai telah diadakan di Markas Dun Manek Urai. Seramai 100 peserta yang layak telah mendapat sumbangan dari ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, turut bersama beliau menyampai sumbangan ialah YB Haji Fauzi Abdullah ADUN Manek Urai

Majlis menyampaikan Sumbangan Hari Raya dari Ahli Parlimen Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli


28.8.2010. Masjid Chenulang. Majlis menyampaikan Sumbangan Hari Raya dari Ahli Parlimen Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli utk 100 org dari DUN Mengkebang telah diadakan di Masjid Chenulang, turut menyampaikan sumbangan tersebut adalah YB Ust Abdul Latif ADUN Mengkebang

SAYA DAN RAKYAT KUALA KRAI


Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan Maaf Zahir Batin khas untuk pengundi2 dan penyokong2 saya dalam Parlimen Kuala Krai maupun dil perantauan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Kuala Krai yang sudi menerima saya sebagai sebahagian dari keluarga besar mereka Kuala Krai.

Yang seronoknya saya telah diapit dan dipimpin oleh Abe, adik kakak dari Mengkebang di bawah kepimpinan YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman (ADUN Mengkebang), Abe, adik kakak dari Guchill di bawah kepimpinan Ust Dzulkifli Yaakub dan YB Tuan Zambry (ADUN Guchill), Abe, adik kakak dari Manek Urai dibawah kepimpinan YB Hj Fauzi Abdullah (ADUN Manek Urai) dan Abe, adik kakak dari Dabong di bawah kepimpinan YB Arifabillah (ADUN Dabong). Tidak lupa juga kepada Para Penghulu2, lantikan2 politik dalam Parlimen Kuala Krai dan semua kakitangan dari semua Jabatan dan ajensi Kerajaan dalam Parlimen Kuala Krai dan tidak lupa pada sahabat2 saya dari kalangan ahli2 UMNO.

Dari Mac 2008 hingga kini Sept 2010 (2 tahun 6 bulan) saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Krai, apa yang mengkagumkan saya ialah keakraban tali silaturrahim di antara saudara2 semua dalam menghayati kehidupan seharian dalam Parlimen Kuala Krai yang saya wakili. Dalam menjalani kehidupan sebagai majoriti orang Melayu, saudara2 telah memberi tunjuk ajar kepada saya bahawa Agama Islam merupakan tonggak terpenting dalam Institusi Kekeluargaan dan ini merupakan kejayaan yang dibawa oleh Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan Darul Naim dengan temanya “Membangun Bersama Islam”. Tidak kira tua ataupun muda semangat mempertahankan agama dan bangsa amatlah tinggi di kalangan saudara2 rakyat Kuala Krai. Saya amat tersentuh dengan kemuliaan saudara apabila setiap kali saya berada di Kuala Krai, saudara tidak pernah lupa menjemput saya ke program2 tahlil, program2 ziarah dan program2 berbentuk kemasyarakatan. Salam persaudaraan dari saudara tidak putus2 saya terima melalui panggilan telepon, SMS maupun dalam laman Facebook. Ini adalah satu sifat persaudaraan yang amat tinggi yang saya perolehi dan pelajari dari saudara2 yang mulia didalam Parlimen Kuala Krai.

Walaupun saya dan saudara2 menjadi rakyat Kuala Krai yang dikira bertaraf luar bandar, dalam menangani Isu2 semasa politik Negara dan luar Negara, saya dapati bahawa saudara yang saya kasihi dan wakili ini tidak pernah tertinggal dalam segala bentuk maklumat. Ini adalah kerana berpolitik (bersiasah) adalah sebahagian daripada tuntutan agama, dan memang benar kata2 orang luar Kelantan jika hendak belajar berpolitik “You are welcome to visit Kelantan”.

Saudara2 Rakyat Kuala Krai sangat berhemah dalam memberi teguran dan tunjuk ajar kepada saya dalam memikul tanggungjawab sebagai wakil Parlimen Kuala Krai. Kekhuatiran saya samada saya mampu melaksanakan tugas di Dewan Rakyat terasa terubat apabila ada sahabat2 yang senantiasa menghubungi saya, menyatakan kepuasan mereka melihat saya berdebat tentang hal2 pembangunan yang perlu ada dalam Parlimen Kuala Krai, atau atas isu-isu lain untuk kepentingan bersama. Komunikasi berterusan ini telah menambahkan semangat juang dan keyakinan diri, bahawa saya tidak berkeseorangan dalam memperjuangkan keadilan untuk semua. Rupa2nya di belakang saya, terdapat ribuan rakyat dari Kuala Krai menjadi benteng sokongan yang kukuh untuk saya dalam menuntut hak dan keadilan (Allahuakhbar).

InsyaAllah dengan izin nya, selagi saya diperlukan, saya akan terus berkhidmat dengan sebaik mungkin khusus untuk Rakyat Kuala Krai dalam menuntut hak dan keadilan, dan amnya Rakyat Kelantan dan Malaysia.

Sempena hari baik bulan baik ini saya memohon jutaan kemaafan sekiranya saya telah membuat sebarang kesalahan. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang salah itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya bersama seisi keluarga sentiasa berdoa pada Allah agar Rakyat Kuala Krai dilimpahi Rahmat dan Rahimnya dan berharap saudara2 dapat menjaga keselamatan diri dalam menghadapi Eidul Fitri yang mulia ini.

Khas untuk anak2 Kelantan di perantauan, berhati2lah ketika memandu semasa perjalanan pulang ke kampung dan sentiasa ingat bahawa orang2 tersayang sedang menanti kepulangan anda semua dengan selamat.

Wassalam

Program Berbuka Puasa Bersama Pemangku Sultan Kelantan


31.8.2010. Masjid Padang Sembilan, Pahi, Kuala Krai. Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai turut hadir di majlis berbuka puasa bersama Pemangku Sultan Kelantan di Masjid Padang Sembilan, Pahi, Kuala Krai.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Bantahan Rakyat

( Tanda protes Rakyat.. )

Sebuah sepanduk di naikkan di persimpangan Kota Bahru, Gua Musang dan Kuala Krai kerana membantah kenaikan harga petrol dan barang.

Penghantaran Pelajar ke Kursus Wiremen kelas 1

26 Jul 2010, Kuala Krai, Parlimen Kuala Krai telah menghantar seramai 26 orang pelajar yang terdiri dari keluarga miskin untuk menghadiri kursus wiremen kelas 1 di sebuah IPTS di Kuala Selangor.

Kursus itu mengambil masa selama 2 tahun dan dibiayai oleh sebuah agensi korporat di Kuala Lumpur.

Program Bersama Rakyat di Kampung Jerat, Kuala Krai

o6 Aug 2010, Kpg Jerat. Bandar Kuala Krai. Dr Mohd Hatta Ramli bersama AJK dan peserta Ladang Rakyat mengadakan majlis Gotong Royong membersihkan kayu2 yang tidak berguna di rumah Sdr Lau Meng Kuang yang terbakar baru2 ini.






(Hulurkan bantuan... Bersama-sama ringankan beban)

Dr Hatta juga tidak lupa menyampai sedikit sumbangan kpd keluarga Lau Meng Kuang yang menimpa musibah.

Isnin, 8 Mac 2010

Two Eventful Years And Still Together

Today, March 8, 2010 is a day to celebrate, if not for anything else, the continuous existence of Pakatan Rakyat. Formed after the political tsunami of the 12th general election, Pakatan was (and still is) a unique coalition of contrasting parties. It was not surprising that quite a number of pro-BN political soothsayer predicted that Pakatan would not last long. The ideological differences of DAP and Pas would not allow a lasting working relation. To be fair, however, I could not recollect anyone giving a specific time when Pakatan would break up. So, may be those prediction came about as a result of anger and dejection after BN was rejected in 5 states (six if you would include Kuala Lumpur) and the loss of the two-third majority in Parliament.

Pakatan had its fair share of problems at the initial stages of establishing credible governments in Perak and Selangor (I hope this piece of information is not news to anybody lest I'd be charged of divulging party secrets). However, perseverence of our leaders and total respect of the wishes of the rakyat at the poll encouraged the 3 parties to compromise and moved forward. Despite the extra-poll loss of Perak to BN, and the just recently executed preplanned exodus of PKR lawmakers into wilderness, Pakatan withstood the odds and it looked like it is here to stay. Penang and Selangor are said to be running well economically, while Kedah and Kelantan are relatively stable and moving along healthily. Attempts at discrediting state government leaders through selective investigations by the anti-graft authority have not been successful. Instead the rakyat believed that Pakatan is being victimised by the enormous pro-BN government machinery.

The performance of the elected representatives is best assessed by the rakyat. However it is not too late to suggest that Pakatan as a group devise a reasonable method of assessment by the respective parties of their own wakil rakyat, with the view of improving the delivery of services and the effectiveness. With disparity in financial allocations it would not be feasible to compare the performance of representatives in different states but certain key performance indicators would allow a measure of success of those YBs.

While the focus is understandably on Pakatan, the BN has its fair share of controversies to keep national politics high on everyone's agenda. Pak Lah lasted a little over a year before being dishonourably dethroned and his "Islam Hadhari" legacy disappeared even faster. It is not surprising that every weaknesses of Umno now is being blamed on Pak Lah. The component members of BN have not come to term with their defeat at the poll. MIC, PPP and MCA are still nursing their wounds and no early cure is in sight. Umno pathetically pretends that it is staying above all the controversies. It is common knowledge that back-stabbings and corruption are severely endemic within the party. The 1Malaysia cry took over from Islam Hadhari but no one can say what exactly it is (except for Najib may be but he's not making others understand it easily either).

So it has been a rugged 2 years and I'm sure there are more exciting things to come for everyone. In Kelantan the battle of and for the royalty has just begun. While Nik Aziz frequent visits to the hospital don't get the coverage by the press, Johore MB's short visit is big news. It's 12 midnight so the celebration is over.

Hatta Ramli

We Do Not Need YB Zul Nordin In PAS

The saga of YB Zul Nordin in PKR has just ended, or so it seems, or so it is hoped. PKR has taken the brave decision to expel Zul, at a time when the party's number in Parliament is thinning out following the 3 defections. PKR has no choice but to do what it has to do. Zul's position in PKR is not tenable. His attack and police report against YB Khalid Samad is against the spirit of Pakatan Rakyat, PKR contends. Of course there are other intra-party reasons which led to the expulsion. In order to maintain a strong relationship among parties in PR (in this case to safeguard relation with Pas), PKR, as a matter of principle, has to part with an individual ie YB Zul. Subsequent and future antics of Zul will not be the responsibility of PKR.

How do we in Pas see this episode vis-a-vis the spirit of camaraderie in PR? I personally see this action by PKR as a call for closer understanding and better working relation among the 3 parties. It is always easy to pat our backs during good times, after a victory or when the going is smooth. However when the odds are against us, the going is rough and the enemies are at the gate, we have to be serious, careful and most importantly, be prepared. At that point in time intra- and inter-party discords are just unacceptable. So I salute PKR's action in its effort to avoid Pas-PKR discord.

In return the Pas-DAP show of support for DSAI who is facing a rough time himself is again a sign of solidarity in Pakatan We should dwell in more of such acts of comradeship and I am sure the supporters and rakyat at large are with us.

All is well that ends well? Not yet! Suddenly we hear from far the willingness of Pas to absorb YB Zul into its fold if he so wish. I'm dumbstruck! How could anybody even suggested that? He was sacked for trying to ridicule a Pas member, and now we are willing to take him in. What is this? Dakwah? No. I take this as an opportunistic, unprincipled move. That is to say it nicely. Some brutal commentators will say that this is ridiculous. How can one person who has obviously created so much problems to a party, sacked and admonished, be plucked from political wilderness by a friendly organisation into its fold? Don't we have any feelings right now? Is our feeling numbed? Really, I don't believe this is happening.

Strangely the views from those in Pas that opposed such suggestion (I'm sure there are many) still counter proposed that this issue be discussed at the Central Committee. I will have to oppose that. We should not even consider discussing this shameful proposition unless we don't value anymore the friendship in Pakatan. (And I've not even touched on YB Zul's previous record in Pas...).

Hatta Ramli

GST Perlu Di Gagalkan Sebelum Terlambat

Assalamualaikum wrt.

Saya tidak bercadang untuk memaparkan hujah-hujah mengapa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini akan kita tentang habis-habisan. Ini kerana beberapa siri penerbitan, wacana dan ceramah berkenaannya telah diadakan oleh berbagai pihak bagi menjelaskan kesan dan beban ekonomi yang bakal ditanggung oleh rakyat. Saya cuma ingin mengiklankan tentang satu himpunan anjuran PROTES pada 15 hb Mac in (Isnin) bermula jam 9 pagi di hadapan bangunan Parlimen.

PROTES adalah gabungan beberapa parti politik, NGO, Kesatuan Sekerja serta individu prihatin bagi memprotes kenaikan harga barang. Sejak dibentuk pada 2006 ketika membantah kenaikan harga minyak, PROTES telah beberapa kali menganjurkan bantahan kenaikan harga barang. Kali terakhir PROTES mengadakan bantahan ialah di Stadium Kelana Jaya pada Jun 2008 yang menimbulkan sedikit kontroversi. Samada siri-siri bantahan yang dianjurkan sebelum ini berjaya atau tidak terpulanglah kepada rakyat untuk menilai.

Berbalik kepada himpunan aman 15 Mac ini, ia diadakan bertepatan dengan permulaan Sidang Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke12 yang mana perasmiannya akan disempurnakan oleh SPB Yang DiPertuan Agung. Rakyat akan berhimpunan sepanjang laluan ke Parlimen bagi menyedarkan pemimpin tertinggi negara dan ahli-ahli Parlimen akan bantahan rakyat terhadap cadangan mengenakan cukai yang akan membebankan rakyat teramai dan yang berpendapatan rendah.

Tidak ada memorandum yang akan disampaikan kepada mana-mana pihak. Ini kerana ADR PR akan membahaskan isu ini panjang dan luas dalam sidang kali ini. Himpunan akan bersurai setelah semua ADR dan SPB YDPA melintasi himounan dan masuk ke Parlimen.

Saudara boleh ke http://protes2010.blogspot.com bagi maklumat lanjut.

Saudara-saudari dijemput menghadiri himpunan tersebut. Terima kasih. Wassalam.

Rabu, 3 Mac 2010

Menulis semula

Hampir 6 bulan saya tidak mengemaskini blog ini. Malam tadi semasa berceramah di Puchong saya ditegur oleh seorang aktivis parti kerana membiarkan laman web terbengkalai sedemikian. Setelah mendengar hujah beliau saya berjanji kepada beliau untuk mula kembali menulis, bermula malam esoknya (malam ini le).

Saya memulakan dengan mengingatkan diri sendiri bahawa menjelang 8 Mac ini genap dua tahun saya dipilih oleh pengundi Kuala Krai sebagai wakil rakyat mereka. Kesudian mereka mengundi seseorang yang asing bagi mereka ketika itu menggambarkan betapa terbukanya pemikiran mereka. Manakala kesetiaan mereka yang menyokong Pas memastikan Parti mereka menang tanpa berbalah tentang calon juga merupakan sifat berorganisasi yang tinggi.

Dalam tempoh dua tahun itu saya telah cuba menyempurnakan tugas sbg ADR, samada di Dewan atau di kawasan yang saya wakili. Dengan bantuan rakan-rakan ADUN yg begitu rapat dengan akar umbi parti dan rakyat kita dapat menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat dan menjadi penghubung mereka dengan pihak berkuasa. Walaupun tidak dapat merungkaikan semua masalah mereka sekurang-kurangnya kami dapat bersama mereka ketika gembira dan duka, susah dan senang. Jika ada peruntukan dari mana-mana pihak kami kongsikan sesaksama mungkin.

Azam saya untuk kehadapan ini adalah mengeratkan lagi silaturrahim dengan rakyat dan membawa suara mereka ke pendengaran pihak berwajib, samada di Dewan yang mulia, pimpinan kerajaan negeri atau ke pihak berkuasa tempatan. Saya ucapkan terima kasih atas teguran dan kritikan membina yang saya terima sepajang 2 tahun berlalu. Kekurangan ini akan diperbaiki, insyaAllah. Dan bagi rakan-rakan dari luar Kuala Krai yang membantu saya dalam berbagai bentuk, hanya Allah saja yang dapat membalas.

Dr Hatta Ramli