Semalam 29 orang dari sejumlah lebih 500 orang yang ditahan dalam demonstrasi MANSUH telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan berhimpun secara haram, dan sebahagiannya kerana dikatakan menjadi ahli pertubuhan haram, GMI, gara-gara memakai t-shirt mansuh ISA. Perihal penangkapan yang bermula seawal tengah malam sebelum bermula demo itu sudah banyak diperkatakan. Apa yang menjadi perhatian ialah hampir kesemua yang ditahan adalah anak-anak muda, termasuk yang belasan tahun. Ada yang didakwa tu 16 tahun umurnya.
Walaupun mengetahui risiko yang mereka hadapi, dan pengalaman tidur di lokap utk 2 mlm, jelas terpapar kepuasan di wajah mereka, dan tiada kelihatan ketakutan. Mereka yakin mereka telah melakukan sesuatu atas nama prinsip keadilan. Mereka tahu mereka sudah menyumbang semampunya, agar satu hari nanti, hasil usaha mereka ini, mereka sendiri atau orang lain tidak lagi teraniaya oleh akta zalim ISA ini.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa pula mereka harus takut pada ISA kalau mereka tidak bersalah? Saya telah menjawabnya sebelum ni bahawa orang yang tidak bersalahlah yang perlu takut pada ISA kerana ISA tidak perlukan kepada pembuktian kesalahan? Bila yg Ezam atau Badrulamin bersalah? Ibrahim Ali sampai hari ni kata dia tak bersalah. Itulah yang malangnya dgn ISA.
Pihak Pendakwa mohon 29 org ni di kenakan ikat jamin RM6000 seorang. Amboi, kalau ye pun takkan sampai gitu kot. Nasib baik, atas hujah para peguam, hakim mengenakan ikat jamin RM500 seorang, ie satu per dua belas jumlah yang dipohon pendakwa, kecuali seorang yang kena RM300. Mereka dijamin oleh 29 orang, samada ahli keluarga atau kawan-kawan seperjuangan. Pas, DAP dan PKR sama-sama menyediakan wang jaminan. Lalu bebaslah mereka dengan disambut teriakan takbir. Bendahari DAP, YB Fong Kui Lun, Bendahari PKR, YB William Leong, YB Ronnie Liu, YB Sivarasa, Hj Md Sabu, YB Dr Siti Mariah, Hjh Nuridah, YB Zuraidah dan ramai rakan-rakan lain turut hadir sepajang episod di mahkamah. Pd 4 September 2009, kes ini akan didengar semula di mahkamah.
Selasa, 4 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan