Khamis, 6 Ogos 2009

Perbicaran Kes Himpunan Bersih depan Parlimen

Hari ini telah berlangsung sambungan perbicaraan kes "Perhimpunan Haram" ke atas 10 orang tertuduh. Antaranya ialah Dr Hatta, Dr Nasir, Dr Lo' Lo, Ust Nasarudin Tantawi, Ustazah Nuridah, dan lain-lain pimpinan dan penyokong. Kesemua OKT hadir kecuali Dr Lo' Lo' yang tidak hadir kerana tidak sihat. Kesemua mereka dituduh menyertai himpunan haram di luar kawasan Parlimen pada 11 Disember 2007 untuk menyampaikan satu memorandum kepada YDP Dewan Rakyat membantah usul meminda umur persaraan Pengerusi SPR yang boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abd Rashid selama setahun lagi (hingga umur 66 tahun). Perbicaraan di jalankan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Fathiyah Idris. OKT dibela oleh barisan peguam yang terdiri dari Hanipah Maidin, Radzlan, Zamri dan lima orang lagi.

Perbicaraan hari ini menyaksikan pihak pendakwaan mengemukakan 3 orang saksi dari kalangan polis yang cuba membuktikan bahawa berlaku himpunan haram di luar kawasan parlimen dan OKT ditahan setelah diberi amaran. Peguam bela pula telah mengenengahkan beberapa soalan yang menjurus mewujudkan keraguan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu, termasuk tidak adanya amaran bersurai yang diberikan polis sebelumtangkapan dibuat. Peguam juga berjaya menimbulkan andaian bahawa himpunan itu terjadi secara tidak terancang akibat dari sekatan polis yang menghalang tertuduh untuk masuk ke parlimen.

Perbicaraan akan bersambung esok apabila pihak pendakwa akan menunujukkan tayangan video episod perhimpunan itu.

Doakan agar timbul kebaikan dan kebenaran daripada perbicaraan ini.

Dr Hatta.

Tiada ulasan: