Ahad, 29 Jun 2008
Tuduhan Liwat - Minta Anggota PAS Bertenang
Lagi-lagi liwat (sodomy)!
Satu tuduhan terbaru telah dibuat dalam bentuk lapuran polis petang semalam oleh seorang yang bernama Saiful Bahari pembantu khas Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR. Awal pagi ini Anwar telah membuat kenyataan penafian dan menganggap ini fitnah politik.
Blog ini yakin ahli PAS tidak termakan dengan tuduhan liwat terbaru yang dibuat berbetulan dengan situasi politik negara yang sedang memberi tekanan kepada kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Di masa yang sama blog berharap rakyat dan ahli tidak mengambil apa-apa langkah dengan terburu-buru. Saya juga mendesak polis supaya bersikap profesional dalam menyiasat lapuran tersebut.
Mungkin ini cara BN to buy time untuk memperlahankan kemahuan rakyat terhadap government-in-waiting Pakatan Rakyat. Kebenaran pasti akan terserlah jua.
Jumaat, 27 Jun 2008
Soalan Kuala Krai di Parlimen semalam (26/6/2008)
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
(a) jumlah dagangan antara Malaysia dengan negara-negara OIC sepanjang tempoh Malaysia menjadi Pengerusi OIC 2003-2008; dan
(b) sama ada Malaysia akan memberi keutamaan kepada hubungan dagang dengan negara-negara OIC berbanding dengan blok-blok ekonomi lain sebagai strategi perdagangan antarabangsa Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri I [Datuk Liew Vui Keong]:
Jumlah dagangan antara Malaysia dengan negara-negara OIC sepanjang tahun 2003 hingga tahun 2008 ini ialah seperti berikut:.
Pada tahun 2003, jumlah ialah RM46.1 bilion dan jumlah tersebut telah pun meningkat pada tahun 2004 kepada RM61.6 bilion dan jumlah ini terus meningkat pada tahun 2005 kepada RM7.1 bilion dan pada tahun 2006 pula jumlah ini telah pun meningkat kepada RM83.8 bilion dan pada tahun lalu, jumlah ini terus meningkat kepada RM95.3 bilion. Sehingga bulan April tahun ini, Tuan Yang di-Pertua, jumlah dagangan telah pun sampai kepada RM36.1 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada negara-negara OIC dalam strateginya untuk memperluaskan eksport kepada negara yang non-tradisi seperti EU, Amerika Syarikat dan lain-lain. Contohnya pasaran ini di negara-negara Teluk adalah antara pasaran yang telah diberi tumpuan. Kerajaan telah menubuhkan pejabat MATRADE dan MIDA di Dubai untuk memudahkan negara merebut peluang pasaran dan pelaburan di negara-negara Teluk dan Timur Tengah.
Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan dagangan antara negara-negara OIC adalah mewujudkan kerjasama dua hala dengan negaranegara anggota OIC dengan menandatangani beberapa perjanjian. Langkah yang kedua ialah merundingkan Perjanjian Perdagangan Keutamaan iaitu dikenali sebagai Preferential Trade
Agreement, dengan izin, dengan negara-negara membangun 8 iaitu G8 dan sistem perdagangan keutamaan OIC. Langkah ketiga yang telah diambil juga termasuk mengadakan misi galakan perdagangan dan pelaburan ke negara UAE, Bahrain, Saudi Arabia pada bulan Mac tahun lalu dan ke negara UAE, Kuwait dan Oman pada tahun ini. Langkah terakhir diambil ialah mengadakan aktiviti promosi dan seminar pelaburan. Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih timbalan menteri. Dengan izin, denge jawape yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tentulah Dewan ingin mengetahui sama ada prestasi yang positif dan meningkat sepanjang tahun sepanjang kita menjadi Pengerusi OIC ini akan diteruskan setelah kita tidak lagi menjadi Pengerusi OIC, mungkin kita hendak tahu itu sebab sebelum ini pun kita menjadi antara penggerak G8 dan juga penggerak dalam beberapa perdagangan dua hala dengan negara-negara yang tidak konvensional seperti Selatan-Selatan.
Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah dalam suasana kegawatan ekonomi global hari ini dan juga yang akan mendatang dengan kepelbagaian ketidaktentuan ekonomi dan juga serangan spekulator terhadap harga-harga barang komoditi seperti petroleum yang memang kita lihat dalam dunia ini dianugerahkan kepada... negara OIC, negara umat Islam.
Soalan saya... Dewan ini ingin tahu dan saya juga ingin tahu, apakah rancangan kita yang selain daripada yang disebut oleh timbalan menteri tadi bagi memastikan bahawa dagangan antara negara-negara OIC ini mampu membentuk ataupun mampu membantu dan mengurangkan serta meringankan kesan negatif serangan spekulator ini, khususnya dalam menjaga kita punya sektor food security, dengan izin, dan juga kuasa petroleum yang ada pada negara kita. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia baru sahajamenyerahkan jawatan pengerusinya kepada Senegal pada bulan Mac. Jadi apa yang akan berlaku kepada penyerahan itu dan sama ada Senegal akan mengatasi pencapaian yang telah dibuat oleh negara kita ini, still kita masih menunggulah. Akan tetapi sejak Malaysia menjadi Pengerusi OIC ini, pendekatan telah dibuat untuk meliberalisasikan perdagangan, pelaksanaan liberalisasi perdagangan antara ahli-ahli negara OIC dan mengadakan program-program seperti pembangunan modal insan.
Ini adalah satu program yang membenarkan lagi commercial driven, dengan izin ataupun income generating project untuk mengatasi ekonomi-ekonomi yang baru-baru ini yang diadakan dengan globalization. Jadi program-program tersebut juga termasuk dengan program forbilasasi untuk pegawai-pegawai berkenaan, berkongsi pengetahuan di antara member country, mempromosikan organization excellent dengan izin, dan juga daya perdagangan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Khamis, 26 Jun 2008
Kajian Separuh Penggal RMK9 - Pelaksanaan yang Mendukacitakan
Mendukacitakan!
Hanya RM40 bilion sahaja daripada peruntukan yang diluluskan iaitu RM200 bilion mampu dibelanjakan setelah 2 tahun setengah RMK9 berjalan! Untuk Lembah Kelang sahaja memerlukan perbelanjaan pembangunan menjangkau angka tersebut. Tidak hairanlah daerah yang terletak nun jauh dari tumpuan ekonomi seperti Kuala Krai masih terngiang-ngiangkan pembangunan yang dimodalkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi, menerusi apa yang diura-urakan sebagai Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER).
KPI setakat 20% boleh dianggap kegagalan nyata. Ia bukti kukuh ciri-ciri pengurusan ala-BN yang sebenarnya tidak cekap (inefficient). Sistem penyampaian perkhidmatan yang kononnya setanding dunia, sebenarnya masih lemah. Kad lapuran prestasi Abdullah Badawi serta timbalannya Najib Tun Razak merah! Mereka nyata 'tidur' bukan menunaikan amanah.
Pembatalan atas nama penangguhan projek monorel dan PORR Pulau Pinang juga mendukacitakan rakyat negeri tersebut. Ia adalah projek rakyat, bukan projek mega. Kalau megapun adalah harganya, kerana kesilapan kerajaan yang acapkali mengurniakan projek menerusi rundingan terus menggantikan sistem tender terbuka.
Agaknya benar kata-kata di luar dewan, bahawa kerajaan tidak cukup duit. Mungkin juga BN sudah tidak berminat menyediakan prasarana, memandangkan slogan "satu lagi projek BN" sudah tidak laku.
Keputusan membatalkan projek juga mungkin manifestasi sikap berdendam kerajaan pusat BN yang kalah mengejut kepada pembangkang di pulau mutiara Mac lalu.
Dendam bukan terhadap Lim Guan Eng, tetapi sebenarnya terhadap rakyat Pulau Pinang.
Forum on "Petrol Hike, What Next for Malaysia?"
Date: 26 June 2008 (Thursday)
Time: 8.00 p.m.
Venue: the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
(1 ,Jalan Maharajalela , 50150 Kuala Lumpur.)(Next to the Monorail Maharajalela station)
Speakers:
1. Mr Gurmit Singh (President of Centre for Environment, Technology and Development Malaysia – CETDEM)
2. Dr Hatta Ramli (Representative of PROTES)
3. Mr Khalid Jaafar (Executive Director of Institute for Policy Research )
4. Mr Tony Pua (Member of Parliament and Economic Advisor to DAP)
Content :
1. Economic impact: How will the jump in the petrol rates bring impact on the whole economic situation? What is the trend of inflation? What are the advantages and disadvantages of the control and subsidy systems?
2. Low economic efficiency, political corruptions and evaluation of the TNB policy: How do the political corruptions and low economic efficiency affect the economy and the people in our country? The energy consumption of the people in our country is five times more than the Japanese.
3. Mass Transit Policy: The rise of the petrol price saved RM 4.4 billion in 2006. However, until now, the result has not brought into the open. How far is the Mass Transit Policy been carried out?
4. Social impact and the situation of the lower class people: How does the government deal with the effects of inflation towards the poor or lower class people.
Selasa, 24 Jun 2008
Rindu Menggamit Lagi
Saban tahun bekerja sepasukan dengan almarhum di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, juga di pejabat PAS di Jalan Pahang Barat adalah merupakan satu penghargaan dan pengalaman tidak ternilai buatku. Beliau umpama guru pada masa-masa tertentu, umpama ayah kadang-kala, juga umpama seorang abang di ketika yang lain. Terbit rasa rindu yang mendalam terhadap pemimpin PAS yang tiada galang ganti itu. Rasanya ramai di luar sana seiring menggamit rindu.
Dalam situasi sekarang pula, semasa rakyat diseksa dengan fenomena kenaikan harga bahanapi dan barang yang melampau, terdengar suara-suara rindu dalam konteks yang berbeza. Kerinduan itu semakin hari semakin jelas kristal.
"Cepatlah!", "Tak sabarnya!" Rakyat nyata melampiaskan rindu dendam mereka kepada kerajaan dalam penantian (government-in-waiting). Tidak kurang yang bermunajat di malam hari memohon perkenan Ilahi (divine intervention).
Antara kerinduan rakyat adalah terhadap negara berkebajikan yang PAS tawarkan semasa PRU-12 tempohari. Pengunjung mungkin masih ingat lagi, antaranya:
- Pendidikan percuma untuk semua, biasiswa kepada yang layak.
- Pembiayaan kesihatan untuk golongan yang memerlukan.
- Pengurangan harga bahanapi petrol, disel dan gas.
- Pengecilan jurang antara negeri/ golongan kaya-miskin.
- Pelaksanaan akta gaji minima
dan beberapa lagi tawaran yang mesra-rakyat.
Hakikatnya, semua itu masih, malah semakin relevan. Hakikatnya juga, PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat masih tetap komited kepada janji mengembalikan negara kepada rakyat.
Sabtu, 21 Jun 2008
Senyapkah Rakyat dengan Peralihan Kuasa ala-UMNO?
Mungkin juga. Kerana dalam UMNO dan BN sudah ada satu fahaman bahawa sekiranya orang baru menjadi PM maka akan reda kemarahan rakyat buat beberapa ketika. Selamatlah kami, itu perkiraan UMNO dan BN.
Namun, perkiraan itu mungkin silap kali ini. Bukan Abdullah Badawi seorang yang harus dipersalahkan seperti rakyat marahkan Dr Mahathir dulu. Rakyat salahkan seluruh sistem BN kerana membohongi mereka.
Rakyat sedar seluruh Kabinet kerajaan bertanggungjawab membuat keputusan semasa yang meletakkan kulluhum dalam keperitan. Esok bila Abdullah Badawi sudah tidak menjadi PM mereka tidak patut berbohong lagi dengan mengatakan yang keputusan atau dasar Kabinet seperti menaikkan harga minyak adalah keputusan Abdullah Badawi seorang.
This is the last straw. Penyeksaan hidup rakyat tidak mungkin diubati jika topeng BN sahaja yang berubah tetapi badannya tetap sama. Peralihan kuasa ala main-main sebegitu mungkin sesuai dalam menggantikan kepimpinan UMNO, tetapi untuk kepimpinan kerajaan, that no longer works.
Jika mereka ada prinsip membela rakyat, seluruh kabinet BN termasuk Najib Razak perlu mencela Abdullah Badawi sebagai PM dan meletak jawatan jika berhasrat memimpin barisan Kabinet baru. Barulah wujud locus standi di mana apa-apa keputusan Kabinet semasa era Dolah boleh dipusingkan.
Jika Najib dan anggota Kabinet lain tidak berbuat demikian dalam masa terdekat ini, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim, DAP, PAS dan PKR - serta beberapa parti lain - sudah bersedia.
Jumaat, 6 Jun 2008
PROTES Bergerak Semula
Jika kenaikan 30 sen 2 tahun lalu menimbulkan berbagai kesusahan kepada rakyat, kenaikan kali ini pastinya akan menambah keperitan semua golongan. Kita masih tertanya apa yang mendorong keberanian BN membuat keputusan yang sangat tidak popular ini. Pak Lah yang dikenali kelembutannya tiba-tiba menjadi keras sekali. Kabinet juga dilihat hilang pertimbangan dan buntu berhadapan masalah ekonomi lalu mengambil japan mudah sekali gus mendera rakyat. BN tidak perlu mendengar pandangan pakar-pakar hebat untuk menjangka kesan berganda I'd atau harga barangan keperluan harian dan semua kos perkhidmatan. Negara sedang menuju huru hara. Apakah ini yang sebenarnya kerajaan BN inginkan? (Akan bersambung...)