Jumaat, 6 Jun 2008

PROTES Bergerak Semula

Selepas hampir dua tahun menamatkan protes kenaikan harga minyak kini Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuka semula operasinya. Ini berikutan langkah kerajaan BN menaikkan harga bahan bakar dengan melampau bermula 5 Jun.

Jika kenaikan 30 sen 2 tahun lalu menimbulkan berbagai kesusahan kepada rakyat, kenaikan kali ini pastinya akan menambah keperitan semua golongan. Kita masih tertanya apa yang mendorong keberanian BN membuat keputusan yang sangat tidak popular ini. Pak Lah yang dikenali kelembutannya tiba-tiba menjadi keras sekali. Kabinet juga dilihat hilang pertimbangan dan buntu berhadapan masalah ekonomi lalu mengambil japan mudah sekali gus mendera rakyat. BN tidak perlu mendengar pandangan pakar-pakar hebat untuk menjangka kesan berganda I'd atau harga barangan keperluan harian dan semua kos perkhidmatan. Negara sedang menuju huru hara. Apakah ini yang sebenarnya kerajaan BN inginkan? (Akan bersambung...)

2 ulasan:

pemuda muadzam berkata...

salam Dr. para menteri kita ni minyak keta,tol,keraian,rumah dan lain-lain tu claim duit sape? Kalau duit rakyat minta dibincangkan semula di parlimen supaya mereka tahu susah-payah rakyat mencari rezeki.Daripada mereka membazirkan peruntukan tu lebih baik digunakan untuk kebajikan rakyat marhain ni.Selamat berjuang dan moga Dr lebih aktif di parlimen.tima kasih.

Topengperak_Xinwugi berkata...

Assalamu'alaikum...

Agak lama jugak aku memikir cara & kaedah yang paling praktikal,menyeluruh & kurang risiko agar seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah lebih 27juta dapat bersama-sama mengambil bahagian dalam "Rally 1 juta membantah kenaikan harga bahan bakar" & akhirnya akal "bodoh" aku terfikir 3 cara selain yang dirancang oleh GERAMM & PROTES.

Maksud aku disini bukan memperlekehkan rancangan yang sudah diatur oleh 2 badan berkenaan tapi aku mahukan penyertaan yang lebih besar,menyeluruh & lebih penting lagi "rally 1 juta" bakal mencipta sejarah sebagai "rally 20 juta" sekurang-kurangnya.lebih menyeluruh dan akal bodoh aku mengatakan rancangan ini bakal memberi impak yang lebih besar kepada pemerintah "kukubesi" rejim Barang Naik.

Apa yang telah dirancang oleh GERAMM & PROTES tidak perlu diubah lagi pada kertas cadangan(bagi aku ianya sudah cukup baik - tahniah pada pemikir)tetapi skop perlu diperluaskan lagi & aku yakin ianya tidak akan mengganggu urusan perancangan yang sedia ada kerana cadangan aku tidak ada kena-mengena dengan yang telah dirancangkan sebelum ini cuma perlu ditambah sedikit sahaja lagi.

Sebelum aku bentangkan cadangan bodoh aku,perlu aku ingatkan dulu semua pembaca bahawa mulai tarikh 1hb.julai,2008 takrif elektrik akan dinaikkan sebanyak 18%...naik lagi da...yang ni perlu kita ambik berat juga & masukkan sekali dalam agenda protes kita.jangan lupa - letrik naik...elektrik amat penting dalam sektor perusahaan jadi kenaikan takrif elektrik juga bakal memberi kesan keatas harga barangan.jangan tak tau.

Cadangan bodoh 1 - mulai 1hb.julai kita mulakan protes pertama kita atas kenaikan harga bahan bakar dari dalam kenderaan sahaja.jam 8 malam kebanyakan dari kita(dibandar besar)dalam perjalanan pulang kerumah...nyatakan bantahan anda dengan memperlahankan kenderaan 50-60km/j,nyalakan lampu kecemasan(hazard)dan jangan malu-malu untuk saling berbalas bunyi hon kenderaan anda...

Itu signal kita yang pertama...polis boleh lepak balai sambil minum teh & FRU boleh lepak rumah rapatkan hubungan kekeluargaan.tak tau la pulak aku kalau polis nak saman kalau kita pasang lampu kecemasan,bawak kereta 50-60km/j & tekan hon...ini cara yang paling tak berisiko tetapi boleh menggegarkan Malaysia kalau majoriti pemandu mengambil bahagian.bayangkan lampu kecemasan kereta berkelip-kelipan disepanjang jalan diselangi dengan bunyi hon...gamat & bermesej...

Cadangan bodoh 2 - protes kenaikan takrif elektrik juga aku cadangkan dimulakan pada 1hb.julai bersempena dengan kenaikan takrif elektrik pada hari yang sama.mulakan dirumah kita sahaja.tak perlu dijalanan...seragamkan biar menyeluruh disetiap kawasan perumahan anda.tepat jam 10 malam 1hb.julai padamkan lampu premis dimana kita berada sebagai tanda protes kita.kita GELAPKAN SELURUH NEGARA pada waktu tersebut paling kurang selama setengah jam.biar peta Malaysia hilang dari satelite google kerana kegelapan.

Itu signal ke2 sebagai tanda protes kita.juga tidak berisiko,boleh dilakukan dengan menyeluruh,tidak membahayakan,tidak perlu campurtangan polis & FRU.masing-masing boleh menikmati kopi 0 bersama keluarga dirumah sambil menyatakan bantahan anda.yang ni kita panggil "silent protest"...tak tau la pulak kalau Pak Lah keluar statement "padam lampu premis boleh menggugat kestabilan negara"...tapi mungkin Najib akan keluarkan kenyataan "negara akan bankrap jika lampu dipadamkan"...aku agak la...

Ke2-2 siri protes(cadangan)tersebut kalau diperhalusi bagi aku yang bodoh ni amat praktikal & boleh disertai oleh semua peringkat & seluruh rakyat Malaysia tak kira kakitangan kerajaan,badan berkanun,polis,tentera atau sesiapa sahaja di Malaysia.sesiapa sahaja yang berminat,boleh turut serta atas inisiatif masing-masing tanpa perlu berhadapan dengan apa-apa risiko.mungkin angka 20 juta boleh dicapai dengan cara ini.kita teruskan langkah-langkah tadi dari 1hb hingga tarikh 4hb.julai setiap malam...apa pendapat korang?

Cadangan bodoh 3 - malam puncak(jumaat 4hb.julai 2008)sebelum "rally 1 juta".ini malam paling penting menjelang hari paling bersejarah di Malaysia.seperti malam-malam sebelumnya,pada malam puncak ini...sesi bantahan "protes dari dalam kereta" & "silent protes" diperluaskan lagi...PR ada 5 negeri & aku percaya untuk rancangan seterusnya,para menteri PR di 5 negeri tak punya masalah untuk bekerjasama dengan pihak PBT & JKKK di negeri masing-masing untuk menjayakan rancangan "menggelapkan Malaysia"...macam mana ya?

Macam hari-hari yang sebelumnya...tapi kali ini kita minta bantuan pihak PBT & JKKK untuk memadamkan semua lampu-lampu yang tidak berkenaan iaitu lampu-lampu perhiasan,lampu bangunan-bangunan yang tidak berfaedah atau apa sahaja lampu yang tidak penting.tepat jam 10 malam kita GELAPKAN SELURUH NEGARA MALAYSIA sebagai tanda protes kita!

Rasanya 3 cadangan bodoh aku tu tak susah & tak perlukan perancangan yang rapi.kita cuma perlu mewar-warkan rancangan mudah tersebut pada umum & kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia amat diperlukan untuk menjayakan rancangan mudah tersebut.siapa-siapa sahaja boleh turut serta tak kira dimana korang berada.dibandar,kampung atau mana-mana pun boleh...tak jadi masalah.

Kalau idea bodoh aku tu diterima pakai oleh GERAMM & PROTES(aku tak tau macam mana nak sampaikan cadangan ni pada GERAMM & PROTES - harap-harap Webmaster dapat panjangkan cadangan aku pada pihak terbabit)aku yakin 100% angka 1 juta takkan tercatat sebaliknya sekurang-kurangnya angka 10 juta tak jadi masalah bagi kita.

Tapi perlu diingatkan,rancangan bodoh 3 aku tu tak kan tercapai tanpa bantuan,kerjasama & kesungguhan pihak kerajaan dari 5 negeri PR...itu cadangan dari aku yang bodoh sebelum "rally 1 juta"...

berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!

http://perisikrakyat.blogspot.com