Mendukacitakan!
Hanya RM40 bilion sahaja daripada peruntukan yang diluluskan iaitu RM200 bilion mampu dibelanjakan setelah 2 tahun setengah RMK9 berjalan! Untuk Lembah Kelang sahaja memerlukan perbelanjaan pembangunan menjangkau angka tersebut. Tidak hairanlah daerah yang terletak nun jauh dari tumpuan ekonomi seperti Kuala Krai masih terngiang-ngiangkan pembangunan yang dimodalkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi, menerusi apa yang diura-urakan sebagai Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER).
KPI setakat 20% boleh dianggap kegagalan nyata. Ia bukti kukuh ciri-ciri pengurusan ala-BN yang sebenarnya tidak cekap (inefficient). Sistem penyampaian perkhidmatan yang kononnya setanding dunia, sebenarnya masih lemah. Kad lapuran prestasi Abdullah Badawi serta timbalannya Najib Tun Razak merah! Mereka nyata 'tidur' bukan menunaikan amanah.
Pembatalan atas nama penangguhan projek monorel dan PORR Pulau Pinang juga mendukacitakan rakyat negeri tersebut. Ia adalah projek rakyat, bukan projek mega. Kalau megapun adalah harganya, kerana kesilapan kerajaan yang acapkali mengurniakan projek menerusi rundingan terus menggantikan sistem tender terbuka.
Agaknya benar kata-kata di luar dewan, bahawa kerajaan tidak cukup duit. Mungkin juga BN sudah tidak berminat menyediakan prasarana, memandangkan slogan "satu lagi projek BN" sudah tidak laku.
Keputusan membatalkan projek juga mungkin manifestasi sikap berdendam kerajaan pusat BN yang kalah mengejut kepada pembangkang di pulau mutiara Mac lalu.
Dendam bukan terhadap Lim Guan Eng, tetapi sebenarnya terhadap rakyat Pulau Pinang.
2 ulasan:
Topik Pertama pasal perhimpunan 5 July ini.
---------------------------
Di samping berhimpun saya cadangkan flyers diedarkan pada orang ramai/ kenderaan-kenderaan dengan memberi tips macam mana hendak mengurangkan beban pengunaan minyak dan mengurangkan beban kenaikan barang disebabkan kenaikan harga minyak. contoh:
1. Memandu tidak melebihi had tertentu, di bawah 100km/ jam
2. ON aircond apabila perlu saja.
3. Elakkan melalui jalan sesak.
4. Pastikan angin tayar seperti di cadangan.
4. Tayar size mengikut spesikasi.
5. dll.
Kita kena beri cadangan pada rakyat baru professional
Satu lagi pasal EZAM
--------------------
Saya nak bercakap pasal Ezam.
Saya rasa dia cukup munafik. Sanggup bersama perasuah-perasuah untuk merosakkan PR Selangor. kalau dia ikhlas kenapa dia tak masuk PAS.?. Dari dulu memang hatinya tidak lupa pada umno dan dia sengaja mencari alasan palsu untuk menghalalkan dia kembali kepada umno. Kini belangnya jelas. Memang sudah jadi belaci umno.
Awas PAS, tunggu dia akan menyerang PAS pulak satu hari nanti apabila sudah puas PKR difitnah. Kempinan PAS pun mungkin tidak terlepas dengan permainan si munafik ini. Berhati-hati dengan dia ini. Sudah jelas di pihak mana dia sekarang dan kenapa harus kita merapati dia. Dia sanggup menjilat ludah sendiri. Bersokongkol dengan pengkhainat rakyat demi mengejar cita-cita politik dia. Pasti di Sanglang nanti dia akan menyerang PAS. AWAS PAS jauhkan diri dari si munafik ini.
Assalamualaikum YB Dr Hatta,
Minta di highlightkan ttg isu kenaikan elaun JUSA baru2 ini seperti di url berikut:-
http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_aaf01.html
Nampaknya kerajaan yang ada adalah musang berbulu ayam.
Mohon pertimbangan YB.
Catat Ulasan