Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
(a) jumlah dagangan antara Malaysia dengan negara-negara OIC sepanjang tempoh Malaysia menjadi Pengerusi OIC 2003-2008; dan
(b) sama ada Malaysia akan memberi keutamaan kepada hubungan dagang dengan negara-negara OIC berbanding dengan blok-blok ekonomi lain sebagai strategi perdagangan antarabangsa Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri I [Datuk Liew Vui Keong]:
Jumlah dagangan antara Malaysia dengan negara-negara OIC sepanjang tahun 2003 hingga tahun 2008 ini ialah seperti berikut:.
Pada tahun 2003, jumlah ialah RM46.1 bilion dan jumlah tersebut telah pun meningkat pada tahun 2004 kepada RM61.6 bilion dan jumlah ini terus meningkat pada tahun 2005 kepada RM7.1 bilion dan pada tahun 2006 pula jumlah ini telah pun meningkat kepada RM83.8 bilion dan pada tahun lalu, jumlah ini terus meningkat kepada RM95.3 bilion. Sehingga bulan April tahun ini, Tuan Yang di-Pertua, jumlah dagangan telah pun sampai kepada RM36.1 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada negara-negara OIC dalam strateginya untuk memperluaskan eksport kepada negara yang non-tradisi seperti EU, Amerika Syarikat dan lain-lain. Contohnya pasaran ini di negara-negara Teluk adalah antara pasaran yang telah diberi tumpuan. Kerajaan telah menubuhkan pejabat MATRADE dan MIDA di Dubai untuk memudahkan negara merebut peluang pasaran dan pelaburan di negara-negara Teluk dan Timur Tengah.
Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan dagangan antara negara-negara OIC adalah mewujudkan kerjasama dua hala dengan negaranegara anggota OIC dengan menandatangani beberapa perjanjian. Langkah yang kedua ialah merundingkan Perjanjian Perdagangan Keutamaan iaitu dikenali sebagai Preferential Trade
Agreement, dengan izin, dengan negara-negara membangun 8 iaitu G8 dan sistem perdagangan keutamaan OIC. Langkah ketiga yang telah diambil juga termasuk mengadakan misi galakan perdagangan dan pelaburan ke negara UAE, Bahrain, Saudi Arabia pada bulan Mac tahun lalu dan ke negara UAE, Kuwait dan Oman pada tahun ini. Langkah terakhir diambil ialah mengadakan aktiviti promosi dan seminar pelaburan. Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih timbalan menteri. Dengan izin, denge jawape yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tentulah Dewan ingin mengetahui sama ada prestasi yang positif dan meningkat sepanjang tahun sepanjang kita menjadi Pengerusi OIC ini akan diteruskan setelah kita tidak lagi menjadi Pengerusi OIC, mungkin kita hendak tahu itu sebab sebelum ini pun kita menjadi antara penggerak G8 dan juga penggerak dalam beberapa perdagangan dua hala dengan negara-negara yang tidak konvensional seperti Selatan-Selatan.
Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah dalam suasana kegawatan ekonomi global hari ini dan juga yang akan mendatang dengan kepelbagaian ketidaktentuan ekonomi dan juga serangan spekulator terhadap harga-harga barang komoditi seperti petroleum yang memang kita lihat dalam dunia ini dianugerahkan kepada... negara OIC, negara umat Islam.
Soalan saya... Dewan ini ingin tahu dan saya juga ingin tahu, apakah rancangan kita yang selain daripada yang disebut oleh timbalan menteri tadi bagi memastikan bahawa dagangan antara negara-negara OIC ini mampu membentuk ataupun mampu membantu dan mengurangkan serta meringankan kesan negatif serangan spekulator ini, khususnya dalam menjaga kita punya sektor food security, dengan izin, dan juga kuasa petroleum yang ada pada negara kita. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia baru sahajamenyerahkan jawatan pengerusinya kepada Senegal pada bulan Mac. Jadi apa yang akan berlaku kepada penyerahan itu dan sama ada Senegal akan mengatasi pencapaian yang telah dibuat oleh negara kita ini, still kita masih menunggulah. Akan tetapi sejak Malaysia menjadi Pengerusi OIC ini, pendekatan telah dibuat untuk meliberalisasikan perdagangan, pelaksanaan liberalisasi perdagangan antara ahli-ahli negara OIC dan mengadakan program-program seperti pembangunan modal insan.
Ini adalah satu program yang membenarkan lagi commercial driven, dengan izin ataupun income generating project untuk mengatasi ekonomi-ekonomi yang baru-baru ini yang diadakan dengan globalization. Jadi program-program tersebut juga termasuk dengan program forbilasasi untuk pegawai-pegawai berkenaan, berkongsi pengetahuan di antara member country, mempromosikan organization excellent dengan izin, dan juga daya perdagangan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan