Semalam genaplah 6 tahun almarhum ayahanda Ustaz Fadzil Noor kembali menghadap Maha Pencipta. AlFatihah.
Saban tahun bekerja sepasukan dengan almarhum di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, juga di pejabat PAS di Jalan Pahang Barat adalah merupakan satu penghargaan dan pengalaman tidak ternilai buatku. Beliau umpama guru pada masa-masa tertentu, umpama ayah kadang-kala, juga umpama seorang abang di ketika yang lain. Terbit rasa rindu yang mendalam terhadap pemimpin PAS yang tiada galang ganti itu. Rasanya ramai di luar sana seiring menggamit rindu.
Dalam situasi sekarang pula, semasa rakyat diseksa dengan fenomena kenaikan harga bahanapi dan barang yang melampau, terdengar suara-suara rindu dalam konteks yang berbeza. Kerinduan itu semakin hari semakin jelas kristal.
"Cepatlah!", "Tak sabarnya!" Rakyat nyata melampiaskan rindu dendam mereka kepada kerajaan dalam penantian (government-in-waiting). Tidak kurang yang bermunajat di malam hari memohon perkenan Ilahi (divine intervention).
Antara kerinduan rakyat adalah terhadap negara berkebajikan yang PAS tawarkan semasa PRU-12 tempohari. Pengunjung mungkin masih ingat lagi, antaranya:
- Pendidikan percuma untuk semua, biasiswa kepada yang layak.
- Pembiayaan kesihatan untuk golongan yang memerlukan.
- Pengurangan harga bahanapi petrol, disel dan gas.
- Pengecilan jurang antara negeri/ golongan kaya-miskin.
- Pelaksanaan akta gaji minima
dan beberapa lagi tawaran yang mesra-rakyat.
Hakikatnya, semua itu masih, malah semakin relevan. Hakikatnya juga, PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat masih tetap komited kepada janji mengembalikan negara kepada rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan