Khamis, 18 Jun 2009

"Kami berpegang teguh memperkukuh Pakatan Rakyat - Ahli Parlimen PAS

(Dari Harakahdaily)
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jun 18, 09 7:12:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen PAS berpendirian berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN. Demikian kenyataan yang dibacakan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mewakili ahli-ahli Parlimen di Lobi Dewan Rakyat petang tadi.

Bercakap lanjut, Dr Hatta berkata, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya ingin menegaskan bahawa persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah merupakan agenda PAS. Ia selaras seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008, ujar Dr Hatta.

"Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh kalangan ahli-ahli Parlimen PAS._

Tiada ulasan: