Sabtu, 20 Jun 2009

Kemungkinankah 8 profesional culprit ini punca sengketa?

(Berikut disiar semula penulisan dalam Tranungkite yang kritikal terhadap kenyataan media 10 ahli Parlimen. Jika anda ada komen silakan menulis. )

Posted on Friday, June 19 @ 04:58:57 PDT by TokPenghulu

"Saya berteori bahawa ketegangan dalam pas berkaitan unity government ini berpunca 8 culprit desperado ini yang takut kehilangan kerusi parliment kerana ramai yang mengundi mereka adalah orang cina dan india.

Teori Kerajaan Perpaduan Ummah yang peringkat konsep pun akan meliarkan pengundi mereka dan tidak berpeluang lagi lah menjadi MP.Memang perkara yang pelik sudah berlaku sekarang dan melihat bagaimana satu idea yang simple saperti unity government yang hanya peringkat konsep telah di carik carik kan dengan ganas saperti anjing kelaparan oleh DAP dan setengah ahli parlimen. Ini membangkitakan petanyaan siapa kah culprit dibelakangnya. Mesti terdapat mereka yang merasa takut kepada suasana baru kerana suasana sekarang sudah dirasa confort zone oleh mereka. Dengan melihat 8 MP ini memberi press statement di parlimen atas group anti unity government membuat saya berfikir adakah ini political culprit nya. Mungkinkah ini the culprit yang sebenar yang sentiasa menjadikan isu antipresident ini membara.



PAS MPs (seated from left to right) Khalid Abd Samad, Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Lo’Lo’ Ghazali, (standing from left) Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud and Siti Zailah Mohd Yusoff at the press conference at the Parliament lobby Thursday.

(nota: yang tiada dalam gambar ialah Dr Mohd Hayati MP Pendang dan Ust Taib Azamuddin, Baling)


Diantara persamaan mereka ialah
1. Mereka menaiki kenderaan PAS di tengah jalan setelah kenderaan mereka hancur saperti hancurnya ABIM IRC Suara Islam kerana menjadi kumpulan elit yang tidak berpijak di grassroot ummah
2. Mereka di latih untuk menjadi leader bukan follower
3. Mereka menang ke parlimen dengan undiaan orang Cina dan India dan konsep Kerajaan Perpaduan Ummah akan menyebabkan undi tidak lagi diberi kepada 8 orang ini.
4. Mereka tidak pernah merasa keperitan berjuang Islam di peringkat akar umbi menghadapi ancaman dan kesengsaraan selama berpuluh tahun.


Saya memerhati tetapi terpulang lah kepada saudara untuk memikirkannya. Press statement yang sebegini tajam dan berpihak kepada idea sendiri dalam keadaan nasihat tutup mulut di keluar dan pemimpin masih mencari formula kedamaian adalah irresponsible dan jelas bercanggah dengan semangat menyelesai masaalah. Press statement yang penuh putarbelit ini adalah saperti berikut

'Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Komen: Muktamar berkeputusan memperkukuhkan PR tetapi tidak ada menyebut mencegah PAS mencari formula baru untuk kebaikan Parti.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Komen: Kamu membuat press statement ini pun telah bercanggah dengan nasihat jangan memperbesar isu ini ,jadi kamu sebenarnya telah menambah kekeliruan ahli dengan mengambil stand.

Komen: mengapa mengheret Dato Abdul Halim Abdul Rahman pula untuk turut mengimarahkan perselisihan.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Komen: Mengapa tidak di sebut kami menyokong penuh semua pimpinan PAS kerana semua pun berusaha untuk meyelesaikannya.

Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009.

Ini adalah link press statement you tube
http://www.youtube.com/watch?v=GLYyW1PXAjU&feature=player_embedded"

7 ulasan:

docbesi berkata...

trengganu kite = harakah = siasah = mustapha ali = nasa = hassan ali = harun taib = UMNO!!
semua ni media propaganda UMNO via PAS!!jangan sampai nanti TGNA buat open statement mcmana dia buat statement kat si nasa tu!!!

Awang Muda berkata...

Salah satu yg ana dengar ialah, "orang-orang JIM, IRC, MSM, kalau masuk PAS, mesti nak cepat naik pangkat.

Sampai skrg pun JIM,ISMA,PAS cawangan luar negara masih bertelagah merebut mad'u.

Dr Hatta kena buktikan sejarah silam IRC, JIM tak berulang lagi.

Jadilah hamba sebelum jadi ketua

Tanpa Nama berkata...

siangharimu.
wahai orang yang tertipu
berlalu dengan kelupaan
dan kelalaian
malammu hanyalah tidur yang lena
walhal kehinaan telah menimpa dirimu.
engkau leka dan tergoda sesuatu yang fana
engkau gembira akan anugerah serta darajah
semua hanyalah igauan dan mimpi
disianghari
tertipu olehmu kelazatan dunia
sementara waktu
yang dikata istidraj
Kata petikan dari
KHALIFAH OMAR ABDUL AZIZ

benbaz berkata...

sebagai insan yang cintakan Islam,pesanan Khalifah Omar Abdul Aziz itu tidak berlaku pada pemimpin hingga keakar umbi.Ingatlah tanpa kekuatan rohani, jasmani akan layu dan punah.Jadikanlah dirimu sebagai pejuang tulin yang mempunyai kekuatan zahir dan bathin serta tahan dugaan dari luar dan dalam.
Barulah dikatakan sejati.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa 10 orang sedangkan ahli parlimen PAS berjumlah 20+? Tengok betul2 siapa mereka nie, pasti kita akan tahu kenapa.

Tanpa Nama berkata...

Tulisan bodoh tak berharga macam tu ko copy paste dlm blog ko ni!

Apa punya turr!

Takpe la, aku bagi penjelasan. Sebenarnya ramai lagi ahli parlimen yang mahu sign kecuali Marang, Bachok dan Kuala Terengganu.

Kubang Kerian dan Pokok Sena pula kemaruk nak jadi tentera pengaman dan tak nak sign. Bo la parangai hudoh tu!

Kenapa yang lain tak sign?

Itu la problem ahli parlimen PAS. Pantang Khamis, belum pukul 1 lagi dah sibuk gilerr nak balik. Jgn harap mereka ada lagi di Parlimen kalau petang Khamis.

inamadia berkata...

Salam...
Dr., I think you better delete this article....
Everything already settle isn't?
Tok Guru Haji Hadi also said
"tidak perlu dipertikaikan lagi"...
So, to all PAS member...
forget it....
Just one thing to remind you Dr...
"Harap lebih bijaksana dalam mengambil tindakan pada masa akan datang"!