Khamis, 18 Jun 2009

Kenyataan MP Mengenai UG

Dua laporan di bawah ini dipetik dari Malaysiakini dan Harakahdaily. Sebagai penjelasan, kenyataan ini dibuat atas nama beberapa orang Ahli Parlimen dan AJK Pusat yang berada di Parlimen petang ini. Terlalu ramai ahli dan penyokong Pas yang mengemukakan pertanyaan mengenai kedudukan pimpinan dan Ahli Parlimen dalam isu ini. Pihak media pun kerap bertanya kami akan isu yang pada anggapan kami terlalu banyak menimbulkan persoalan. Kami cuba untuk tidak memberi sebarang komen tetapi berdasarkan suasana dan perkembangan semasa yang berlaku kami mengambil keputusan mengeluarkan kenyataan berikut:


KAMI BERPEGANG TEGUH MEMPERKUKUHKANKAN PAKATAN RAKYAT

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep 'Unity Government (UG)'

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Sekian.

Ditandatangani oleh Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefli Ahmad (Kuala Selangor), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Hj Mohamad Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Hj Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dr hatta....I just want to say that you're doing a brilliant job and I wish you all the best. As a Kraian, I'm proud to see my MP taking bold stands against the injustices of our government today. I beleive unity talks with UMNO are next to futile and PAS as well the people would benefit more with the Pakatan Rakyat. Gomo abe Hatta... gomo!!

Tanpa Nama berkata...

inilah tindakan yang sebaik-baiknya.. dengan menyatakan pendapat sebahagian MP dapat juga meredakan kebimbingan ahli PAS kelantan yang sentiasa bersama TGNA. terima kasih

wearelearningparents berkata...

salam.ana harap, semua pimpinan pas boleh mencapai kata sepakat...ana harap, tiada lg kenyataan individu mengenai UG ini..

Tanpa Nama berkata...

bravo

saya sebagai ahli parti amat menghargai dgn kenyataan dr dan pas mp yg lain.

Tanpa Nama berkata...

Dr Hatta;
I'm afraid TG will close to seat in Kelantan to non-klate because of this stupid Nasha. That time Nasha did samething to Ust Azizan while in Yan. This time he repeat again in Bachok.
Respect to oldman please!

benhatta berkata...

frontpage the star..hebat2..
we support u YB..

Tanpa Nama berkata...

tindak yg salah..

kurang beradab...

saluran kan ade..bincanglah dalam meetting...pi lah jumpa prsn sendiri,jangan buat kecuh2...

kenyataan kamu bersepuluh itu,menybabkan ahli dan penyokong pas lagi pening....

saya doakan moga2 Allah tunjuk ape niat yg sebenar dalam hati kamu..

Ya Allah makbul lah doa orang2 yg dizalimi...

jim/isma/irc..janganlah jadi anai2 dalam PAS.. jom kita pakat2 berjuang cara elok..

Dr Hatta berkata...

Komen seperti yg dikemukakan oleh Tanpa Nama di atas banyak terdapat dalam berbagai blog (MSO, Detikdaily, Tranungkite to name a few). Inilah pertama kali komen yang kami MP keluarkan dalam memperkatakan isu UG ni. Sebelum ni kita dok perhatikan berbagai pihak buat komen, sampai mcm nak karam. Yang kami fikirkan adakah payah sangat kita semua nak faham nilai persahabatn dalam PR yang melaluinya menjadi harapan kita dalam Pas untuk menunjukkan kemampuan kita memerintah dengan jayanya. Kita dah berkorban, DAP pun berkorban, PKR juga berkorban, sampaikan teruk kita berdepan dengan aparat pemerintah, ditangkap, didakwa, diperlekeh media, dinafikan hak, tapi akhirnya nampak sikit kejayaan berkat pertolongan Allah dan keinginan rakyat berbagai kaum melakukan perubahan. Salah ke kita menghargai sokongan yg mahal ni dgn mengulangi janji setia kita menghormati suara rakyat. Apa yang susah sangat untuk membayangkan bahawa masa depan kita dgn PR cukup cerah dan M'sia bakal mendapat kerajaan baru yg lebih adil. Kami hanya menekankan perkara itu saja. Yg ada depan kita kini itu saja, yg lain yg dicita2kan oleh sbhgn kita hanya bebayang saja. Bacalah kenyataan kami tu. Things can't get any worse with our statemnt. Put it in another way - how much worse can we get? Tujuannya pun untuk memperjelaskan isu melalui kacamata kami.

Tanpa Nama berkata...

Sori la bro, aku nengok hampir semua dlm Group 10 ni AJK Pas Pusat, hang semua dh xde lidah ke nk bahas dgn presiden / timb dlm mesyuarat JK Pas Pusat. Hang buat aku nk gelak... berdepan kelu, kt belakang main tikam kawan. Lu nk jaga hati DAP & PKR konon dh byak berkorban... tu.. kawan yg dh lama dok sama2 berjuang dlm PAS hang x kisah lak kalu mereka ke hentam. Terus-terang la wa cakap lu nyer tindakan cam budak2 la. Lu dah bagi peluru kat UMNO yg lu benci sgt tu...

Unknown berkata...

Hairan juga ye.

Bukankah Bendahari mempunyai hubungan terus di dalam mesyuarat dengan Presiden?

Kenapa tidak gunakan saluran tersebut?

Tanpa Nama berkata...

betul gak kan? logiknya semua pmpnn Pas x ckp terbuka, semua bncg dlm mesy diorang. x interview ngan media, termasuk organ parti. termasuk presdn, tprsdn, harun din n taib, nik zid, mat iraq, cikgu pa, din ayub, mahfuz, tantawi, mp yg 10, u halim. diorang ni buat ape dlm mesy? minum je ke. takde ajenda ke? takde kerta kerja ke?buat confuse org je. sape yg mulakan ni kita cekik2 dia.