Selasa, 9 Jun 2009

Amanah Berat Dalam Parti

Memang seronok bertanding dalam pemilihan parti yang baru berlangsung. Bukan kerana prospek yang menanti jika menang tetapi kerana dapat terlibat dalam persaingan yang menguji kedudukan diri di mata perwakilan. Kita sedang diperhati dan diadili oleh rakan-rakan sendiri. Memang ada rasa cemas kerana keputusan pemilihan sedikit sebanyak menggambaran jaya-gagalnya kita dalam menguruskan parti mengikut kacamata seluruh perwakilan yang datang dari seluruh pelusuk negara. Bayangkan betapa kerdilnya kita bila apa yang telah kita lakukan, yang pada anggapan kita telah cukup hebat, tidak mendapat pengiktirafan rakan-rakan kita. Lebih mencemaskan lagi apabila rakan kita yang pada ukuran subjektif kita sendiri, tidak sehebat kita telah mengatasi kita dalam persaingan ini. Ataupun orang yang pertama kali bertanding lebih mendapat sokongan.

Sebenarnya, pemilihan ini memaksa kita bersikap objektif dan tawadhuk, bahawa kita tidak sebenarnya hebat, bahawa ahli Pas meletakkan penanda aras yang tinggi bagi pemimpin mereka. Jumlah 1044 perwakilan yang hadir rupanya adalah hakim yang bijaksana. Maka kita harus akur bahawa keputusan yang diperolehi adalah yang bijaksana. Namun begitu, sekadar untuk melengkapkan bicara, kebijaksanaan ini mesti di capai dalam suasana pemilihan yang telus dan adil, dan ahli yang mmengundi berbuat demikian dalam keadaan sedar dan bermaklumat (informed). Ini menuntut satu bentuk pendekatan yang membolehkan calon-calon mengemukakan satu profail peribadi yang merangkumi kejayaan mereka serta hasrat yang hendak di kemukakan kepada parti. Jika tidak, akan berlaku perkara seperti yang disebut oleh perwakilan Pahang, Us Yusuf Embong, bahawa sebahagian calon yang menang dipilih kerana populariti dan bukan prestasi. Dan lebih malang, kata beliau, jika pemimpin dipilih kerana berada dalam kumpulan tertentu. Dalam konteks penmilihan kali ini dan sebelumnya, persolan visi dan misi calon amat sedikit didedahkan untuk maklumat perwakilan.

Saya sendiri tidak tahu atas alasan apa saya dipilih kali ini (saya tidak bertanding dalam pemilihan 2007). Mungkin oleh kerana telah berada dalam saf kepimpinan pusat selama 12 tahun maka muka kita lebih dikenali, atau ada 638 perwakilan yang bersusah payah menyelidik hasil sumbangan saya kepada parti (I doubt this), yang tidak seberapa pun. Saya membuat pemerhatian bahawa dalam Pas, memang susah untuk terpilih ke jawatan AJK Pusat, tetapi lebih susah untuk terkeluar dari kepimpinan setelah terpilih sekali, pastinya kerana 'the advantage of incumbency'. Sebab itu ada pemimpin yang dapat bertahan 20 hingga 30 tahun.

Yang lebih penting dari persoalan di atas ialah tanggungjawab memikul amanah yang telah diberikan oleh perwakilan. Kita tidak boleh menyalahkan orang yang memilih kita jika gagal bekerja. Kita dengan sedar setuju untuk dipilih dan apabila terpilih, tiada orang lain yang boleh duduk di kerusi kita untuk melaksanakan kerja kita. Jadi unsur kesukarelawanan terhenti pada peringkat menawarkan diri untuk bertanding. Bila sudah menang, kita bukan sukarelawan lagi tetapi sebenarnya petugas yang sepenuh masa. Tidak dibayar gaji tidak bermakna kita sukarelawan. Kita adalah petugas tanpa gaji.

Terima kasih kepada perwakilan yang membenarkan kita berbuat kebajikan kepada parti. Insyaalah kita berdoa agar amanah yang diberika tidak terabai.

Hatta

10 ulasan:

asma'hatta berkata...

insyaAllah..i believe you can do it, dad!

seeru 'ala barakatillah..

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Teruskan perjuanganmu wahai pejuang..kami pelapis pejuang sentiasa berdiri di belakang..

Takbir..!!!!

-ustaz yeop@SRIP-

Amirah Mohd Hatta berkata...

Ya, yang berat adalah amanah, menjunjung risalah

su

benbaz berkata...

Salam.sebagai insan dilahirkan Islam saya tetap menyokong apa jua pergerakan berteraskan Islam,walaupun tidak mendaftar sebagai ahli PAS.Tapi sayangnya sejak mutakhir ini terlalu banyak kedengaran suara2 sumbang terutama dari saf kepimpinan perihal MUQABALAH/perbincangan dengan parti UMNO.Bagi saya antara PAS dan UMNO adalah dua haluan perjalanan hidup yang berbeza dan tidak mungkin akan bersatu.Andainya mereka bersatu Pas juga pasti yang rugi dan ahli2 akar umbi akan hilang kepercayaan pada saf kepimpinan,tika itu tak guna lagi diterangkan terjemahan dan tafsiran ALQURAN.bukan saf kepimpinan saja boleh tafsir ahli2 akar umbi pun tidak ada kurangnya ahli2 mufassirin.Dari itu rentikanlah apajua bentuk perbincangan dgn UMNO.Ingat dan cukuplah kesilapan yang dilakukan diera Dato Asri.Wassalamu

Tanpa Nama berkata...

Pesanan Luqman Hakim pd anaknya:-
"Anakku! Keduniaan adalah lautan dalam, dimana banyak manusia yg karam. Hendaklah kamu layari dengan kapal taqwa kepada Allah. Isilah kapal itu dengan keimanan pd Allah dan ambillah layar ia tawakal pd Allah. Moga pelayaranmu selamat"

benhatta berkata...

indah dan penuh makna kata2 luqman hakim..

namun beramalkah kita??
mari sama2 muhasabah..

to YB:ignore the provoker.continue your journey.im supporting 100% right here behind you

Allahuakbar!!

Tanpa Nama berkata...

pesanan luqmanul hakim jangan .
dijadikan saperti pesanan Mahadir pada Najib

benhatta berkata...

mahathir: apa nama....apa nama....apa nama......

benbaz berkata...

taat oleh kamu akan Allah,dan taatlah oleh kamu akan Rasul dan Ulul Amri.jika kamu berlainan pendapat maka kembalilah pada ALQURAN DAN sUNNAHNYA jika kamu benar2 beriman dgn hari akhirat.yang.demikian itu adalah lebih baik antara kamu.surah annisa ayat 59.
Taat pada Ulul Amri bukannya.membuta tuli.Lantaran itu dalam Islam ada majlis syura bukannya keputusan yang diambil seurang dua dan yang lain kena ikuti.

Tanpa Nama berkata...

wooo.dasyat betul ahli2 mufassirin zaman global.silap hari bulan boleh buka kelas tafsir