Khamis, 26 Mac 2009

MP PAS Kuala Krai: Terlalu banyak birokrasi bukan menyelesai masalah tetapi menambahkan masalah

dipetik dari MPPAS


10 Mac 2009 - Perbahasan Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Kita sudah dengar penjelasan daripada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena.

Kita dengar ada arahan supaya wakil-wakil jabatan tertentu tidak hadir dalam mesyuarat kerajaan negeri ataupun daerah di mana kuasa diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat. Ini bukan rahsia lagi tetapi sudah didedahkan dan ada jawapan kepada soalan-soalan tersebut dalam Parlimen.

Tadi complaint daripada rakan-rakan Sabah dan Sarawak ialah kakitangan kerajaan, kemungkinan tidak menyokong Barisan Nasional dan melakukan sabotaj. Menteri menjawab, bahawa ini kerana terlalu banyak birokrasi, lapisan-lapisan untuk mendapat kelulusan. Bila ini berlaku, cara kita ialah untuk mengurangkan birokrasi, mengurangkan red tape. Akan tetapi dengan mewujudkan satu lagi lapisan eksekutif yang bertindan, ini bukan menyelesaikan masalah. Menambahkan masalah.

Jadi tidak rasional langsung cara penyelesaian Barisan Nasional terhadap masalah yang dibangkitkan oleh kita semua bahawa terlalu banyak red tape. Selepas itu kita datang lagi, kita blame lagi kakitangan kerajaan yang berada di belakang sana kerana tidak melakukan kerja dan penyampaian tidak betul. Jadi bagaimana pandangan Menteri? Adakah ini tidak
contradictory dengan izin. Terima kasih .

Tuan S. K. Devamany: Saya tidak menafikan bahawa birokrasi memang ada di peringkat semua, di daerah, negeri dan Persekutuan. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Jempol supaya kalau adanya projek-projek yang begitu penting untuk rakyat terus juga boleh tulis surat kepada Pengarah ICU dan juga kepada agensi-agensi di peringkat Persekutuan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: [Bangun]
Tuan S. K. Devamany: Bukan sahaja di peringkat bawah, bottoms up. Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen terus juga boleh top bottom. Iaitu dari atas boleh maklumkan supaya boleh dipadankan dua-dua.

Tiada ulasan: