Isnin, 27 September 2010

BANNER EIDUL FITRI


1 ulasan:

InsanMarhaen berkata...

Salam Dr,

Saya bukan nak komen pasal banner, tapi berkenaan ulasan dr yang menganggap tindakan muhyideen yassin mencadangkan KULI sebagai calon DUN Galas sebagai menghina KULI.

Bagi saya Muhyideen Yassin sengaja mengumpan PAS. Dan umpannya pun terkena. Dr telah makan umpannya. Bayangkan sekiranya KULI memang inginkan kerusi DUN itu bukankah ini bererti menjadikan KULI tersinggung dengan PAS. Inilah yang dihajati oleh UMNO, menjauhkan diri KULI daripada PAS.

PAS dan UMNO sama-sama perlukan KULI. Walaupun KULI masih lagi bersama UMNO, yang penting pandangannya yang banyak menguntungkan PAS. Malahan jika KULI menyokong (sebahagian isu) PAS tanpa menyertai PAS lebih menguntungkan PAS kerana kelemahan beliau tidak menjadi bebanan PAS. Sebab itu UMNO lebih suka bekas-bekas PKR menjadi Bebas asalkan menghentam Pakatan Rakyat. Begitu juga Ibrahim Ali menjadi bebas menghentam PR tanpa perlu jadi ahli UMNO semula.

Sepatutnya PAS gembira kalau KULI jadi calon. Tak salah kalau biar KULI menang percuma, malah alu-alu kan KULI jadi Adun. Asalkan beliau senada dengan PAS dalam isu-isu penting seperti tuntutan royalti minyak.

PAS kena sedar kemenangan PAS selama ini dalam pilihanraya adalah lebih disebabkan perpecahan UMNO. Biarkan KULI jadi Adun asalkan boleh memecahbelahkan UMNO. Biarkan KULI beberantakan dengan Awang Adek dan Tok Pa dalam isu royalti. Biarkan Ibrahim Ali terkedu idea tidak boleh lagi lagi mengguna isu memperjuangkan hak Melayu dan perpaduan. Api-apikan bahawa KULI lebih layak jadi PM dari Najib.... dsb.

Ini cuma pandangan saya yang insan marhaen. Apa-apapun bermesyuarahlah..Kumpulkan think tank, jangan keluarkan pandangan tanpa berfikir..kelak merugikan jamaah.

Sekian, Wassalam.