Rabu, 17 Jun 2009

Soalan Lisan Parlimen 16 Jun

Soalan:
Dr Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan kemajuan projek 'high-speed broadband' dan adakah infrastruktur 'broadband' ini dapat dimanfaat oleh penduduk luar bandar.

Jawapan:
Tuan Yand Di-Pertua,
Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional yang merangkumi aspek penawaran (supply) dan permintaan (demand) telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mencapai sasaran kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50% mengikut isi rumah pada akhir tahun 2010. Perluasan infrastruktur ini dilaksanakan mengikut dua kategori jalur lebar iaitu jalur lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband - HSBB) bagi kawasan-kawasan terpilih seperti Lembah Klang, Kawasan Perindustrian dan Iskandar Malaysia dengan kelajuan minimum 10 Mbps; dan jalur lebar untuk orang awam (broadband to the general population - BBGP) di seluruh negara dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.

Projek HSBB yang dilaksanakan secara usaha sama di antara Kerajaan dan Telekom Malaysia (TM) telah ditandatangani pada 16 September 2008 melibatkan komponen rangkaian akses, teras dan antarabangsa. Sehingga kini, bagi rangkaian antarabangsa, TM telah menaiktarafkan lebar jalur kabel dasar laut Asia America Gateway (AAG) dan SEA-ME-WE 4. Bagi rangkaian akses pula, kerja-kerja sivil dan pemasangan kabel optik sedang dilaksanakan manakala bagi rangkaian teras, pemasangan IP Core, transmission link, Metro E dan Sistem Kawalan sedang dilakukan.

Dari segi strategi permintaan di bawah Projek HSBB pula, antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah projek e-School, pakej jalur lebar mampu milik, menambah baik perkhidmatan e-Kerajaan, e-Pembelajaran dan e-Dagang, program promosi seperti Karnival ICT, pameran Kediaman Digital an lain-lain.

Tuan Yang Di Pertua,
Bagi penduduk luar bandar, infrastruktur jalur lebar akan dapat dimanfaatkan melalui pelaksanaan projek-projek BBGP, di mana Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) sebanyak RM2.4 bilion akan dibelanjakan sehingga akhir tahun 2010. Sebanyak 190 buah pusat jalur lebar telah dibangunkan pada tahun 2008 dan 430 buah lagi akan dibina di seluruh negara. Pusat Jalur Lebar ini akan memberikan liputan jalur lebar terhadap kira-kira 1.88 juta isi rumah di kawasan pedalaman. Selain itu, sebanyak 1000 buah menara telekomunikasi akan dibina secara berfasa bagi memastikan liputan telekomunikasi dan infrastruktur jalur lebar disediakan secara menyeluruh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya orang yang menjual akhirat dengan dunia hanya mendapat keuntungan yang sedikit.sedangkan azab neraka itu terlalu pedih buat mereka.
itulah amanatyang ingin saya sampaikan pada pucuk pimpinan PAS.Bukan Tuan Guru saja yang boleh beramanat.ingatlah tanpa akar tidak akan tertegaknya pohon.Siapalah pemimpin tanpa rakyat.Andai tak percaya tunggulah PRU 13.Tahulah apa kami nak buat.

benhatta berkata...

kejarlah akhirat seperti kau akn mati esok..
kejarlah dunia seperti kau akn
hidup selamanya..